Kolaborasi Khas Lancôme x The Devil Wears Prada 2
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio20 tahun selepas Miranda Priestly pertama kali menggegar dunia fesyen dengan pandangan sejuknya yang ikonik, The Devil Wears Prada kembali dan kali ini, ia membawa serta rakan kongsi kecantikan yang paling sempurna, Lancôme.
Kolaborasi Eksklusif Antara Lancôme dan The Devil Wears Prada 2
Kolaborasi antara Lancôme dan The Devil Wears Prada 2 turut menandai kemunculan inovasi terbaru Lancôme Absolue Longevity MD. Koleksi ini bukan sahaja hadir sebagai alat sokongan kecantikan di set filem, malah ia ditenun masuk ke dalam alam semesta filem itu sendiri, menjadikan rutin penjagaan kulit wajah yang sebahagian daripada naratif yang lebih besar.

Meryl Streep, Anne Hathaway & Kulit Yang Abadi
Dua puluh tahun selepas mengambil peranan ikonik mereka sebagai Miranda, Andy, Emily dan Nigel iaitu Meryl Streep, Anne Hathaway, Emily Blunt dan Stanley Tucci kembali ke jalanan fesyen New York dan pejabat majalah Runway yang sleek dalam sekuel yang dinanti-nantikan ini. Dan di sebalik cahaya kamera, Lancôme Absolue Longevity MD menjadi sebahagian daripada rutin kecantikan harian pelakon di set filem.
Absolue Longevity MD: Sains Di Sebalik Kulit Abadi
Absolue Longevity MD adalah rangkaian penjagaan kulit pertama Lancôme yang disahkan oleh dermatologi, berasaskan Longevity Integrative Science, dan dikuasakan oleh Mitopure iaitu bahan suplemen urolithin-A longeviti yang paling terkenal pasaran, diadaptasi untuk kegunaan penjagaan kulit yang topikal. Koleksi ini direka untuk menangani tanda-tanda penuaan yang kelihatan pada setiap peringkat hayat dari ketegangan dan kelembutan kulit, hinggalah cahaya, garis halus, dan kelicinan.
Yang menariknya, koleksi ini direka khas untuk tiga peringkat usia: Anticipate untuk usia 35 ke bawah, Intercept untuk usia 35 hingga 55, dan Reset untuk usia 55 ke atas membuktikan bahawa Lancôme faham bahawa keperluan kulit setiap wanita adalah berbeza, dan tiada satu penyelesaian yang sesuai untuk semua.
Absolue Longevity MD Tersedia Mulai 1 Mei
Koleksi Absolue Longevity MD akan tersedia untuk pembelian mulai 1 Mei, seiring dengan tayangan perdana The Devil Wears Prada 2 di pawagam. Jadi sambil anda bersiap untuk menonton kembalinya Miranda Priestly ke skrin perak, jangan lup, kulit anda pun layak untuk tampil abadi, sama seperti legenda yang menghidupkan cerita ini.
Artikel berkaitan Kisah Pesan Umi Sharifah Rose Di Pagi Raya Bersama Lancôme
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
