Krim Ajaib Ini Setanding Plastic Surgery
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full BioHadir dengan efek “Bounce-Back” serta tekstur mewah bab sutera. Krim penjagaan wajah, Clarins Extra-Firming Jour dan Extra Firming Nuit selesaikan masalah utama wanita.

Bukan bohong! Krim wajah ini dikatakan mengembalikan kestabilan wajah terutama kedutan halus, kulit tegang dalam masa singkat! Hanya dengan aplikasi rutin siang dan malam sudah cukup buat wajah kembali berseri. Jenama penjagaan wajah Perancis, Clarins cukup dikenali dalam penggunaan ramuan botanikal sebagai solusi terbaik dalam menyelesaikan masalah kulit. Clarins memahami setiap masalah wanita seluruh dunia.
Hampir 40 tahun, Clarins akhirnya berjaya menemui rahsia utama dalam menangani masalah kulit tidak anjal dengan menemui kunci kepada ketegasan dan kegebuan kulit melangkaui kolagen. Yakni tersembunyi di dalam lapisan dermis kulit terletak di “bed of springs” yang terdiri daripada gentian kolagen gentian elastin yang memainkan peranan penting dalam ketegasan dan keanjalan kulit.
Uniknya rangkaian Clarins Extra-Firming ini adalah terletak pada kandungannya, menggabungkan ramuan semula jadi serta kepakaran Clarins Research. Clarins Extra-Firming Jour (Krim Siang) dan Extra-Firming Nuit (Krim Malam) ialah duo padat kuasa yang dikuasakan oleh dua bahan utama, Kangaroo Flower dan ekstrak Organik Mitracarpus.

Kangaroo Flower
Berasal dari dataran berpasir barat Australia dan terkenal dengan kapasiti penjanaan semula yang kuat dengan mengoptimumkan potensi pembaharuan kulit yang membantu melawan penampilan kulit yang mengendur dan menjadikan kulit kelihatan gebu. Ia meningkatkan sintesis serat kolagen sebanyak +199%* dan 92% kulit lebih tegang**
Organic Mitracarpus
Tumbuhan saka kecil dari Afrika Barat. Ekstrak organiknya membantu meningkatkan sintesis kolagen dan mengukuhkan pautan ketegasan kulit. Ia meningkatkan pengeluaran elastin sebanyak +131%* dan 92% melihat kulit lebih anjal**
Selain keberkesanannya, kedua-dua krim siang dan malam mempunyai tekstur yang sempurna dengan aroma camelia dan mawar yang meninggalkan rasa segar dan lembut pada kulit. Dengan duo krim wajah siang dan malam ini akan menghilangkan tanda-tanda penuaan sejak awal. Krim bukan sahaja melembapkan dan memberikan kesan melicinkan tetapi juga dirumus dengan Kompleks Anti Pencemaran Clarins untuk membantu melawan kesan pencemaran dan radikal bebas. Duo bertenaga tumbuhan Siang & Malam yang lengkap untuk mengurangkan penampilan kedutan dan meningkatkan ketegasan dan keanjalan kulit untuk tona kulit yang lebih sekata dan meningkatkan kulit muda yang memancarkan kecantikan.
Artikel berkaitan Legasi Double Serum Kini Lindungi Mata Anda
Clarins Extra-Firming Jour (krim siang) dan Extra-Firming Nuit (krim malam) dijual pada harga RM360 dan RM380 setiap satu untuk 50ml dan boleh didapati di semua kaunter kecantikan Clarins dan layari laman rasmi clarins.com
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
