Maskara saya kira sebagai ‘senjata’ penting dalam solekan. Kalau malas bersolek mata sekalipun, sapukanlah maskara kerana ia akan memberi banyak beza pada wajah. Jika tidak masakan ramai Wanita yang sanggup berhabis duit membuat eyelash extension atau melakukan rawatan perm bulu mata. Semuanya kerana bulu mata yang lentik memang membuatkan wajah lebih hidup. GLAM menyenaraikan enam perkara tentang maskara dan bulu mata yang mungkin selama ini tidak berapa anda endahkan.

1- Maskara Ada Tarikh Luput
Maskara ada tarikh luput, dan tempohnya lebih cepat berbanding alat solek lain. Biasanya maskara boleh bertahan tiga ke enam bulan sahaja selepas dibuka, kemudia ia mungkin akan kering atau dakwatnya sudah tidak mampu melentikkan lagi.

2- Pengepit Bulu Mata Adalah BFF Maskara
Walaupun anda yakin dengan kemampuan maskara anda Boleh melentikkan bulu mata tapi percayalh pengepit bulu mata akan beri impak lebih mengujakan. Jangan pandang rendah pada kemampuan eyelash curler. Rata-rata jurusolek masih bergantung kepada pengepit bulu mata sebelum mereka menyalut bulu mata dengan maskara. So why don’t you?

3- Jangan Lupa Bulu Mata Bawah
Tidak ramai yang gemar menyapu maskara pada bulu mata bawah, tapi percayalah ia mampu mencipta mata yang lebih menarik. Sapuan maskara pada bulu mata bawah buat mata nampak lebih bundar dan menyerlah. Ambil masa dan sapu dengan cermat, jika Boleh cari maskara berberus kecil, lebih mudah.
Ketahui 5 Alat Solek Perlu Ada Walaupun Anda Tidak Mahir Bersolek
4- Sapuan Primer
Ini tak semua orang gunakan tapi ada kebaikannya. Sebelum menyapu maskara digsarankan menyapu primer bulu mata. Ini bagus untuk melindung bulu mata juga melembapkannya. Malah ada primer bulu mata yang mempersiapkan bulu mata untuk lebih melentik. Dior ada primer yang bagus. Malah ada produk yang dicipta sebagai pelembap bulu mata, elok disapu sebelum tidur.
5- Cuci Dengan Bersih
Cuci solekan mata dengan sempurna lebih-lebih lagi jika anda penggemar maskara jenis kalis air (waterproof). Jangan tergopoh-gopoh, tidak kiralah sepenat manapun anda. Bersihkan terlebih dahulu dengan menggunakan kapas muka yang sudah dibasahkan dengan pencuci solekan mata tidak kiralah jenis krim ataupun minyak. Lagi satu jangan cuci dengan kasar kerana kulit area mata sangat lembut dan mudah berkedut. Di situlah tanda awal penuaan muncul.
6- Tak Perlu Pakai Yang Waterproof Selalu
Jika tidak perlu, ketepikan maskara kalis air. JIka memakainya setiap Hari ia mungkin membuatkan anda perlukan masa yang lebih ketika mencucinya. Dibimbangi disebabkan kemalasan anda ia akan memberi kesan kepada bulu mata sendiri. Bulu mata yang tidak dicuci dengan sempurna boleh menjadi lemah dan akhirnya gugur.
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
