Baru-baru ini, dunia hiburan Hollywood digemparkan dengan beberapa keping gambar penyanyi popular Adele yang kelihatan sangat berbeza berbanding dahulu. Ramai mengakui terkejut dengan bentuk tubuhnya yang ‘terlampau’ kurus sampai nampak tulang selangka ketika percutiannya bersama penyanyi Harry Styles di Anguilla.

Foto: JOE BROWN/BACKGRID
Transformasi tubuh Adele nyata kelihatan sejak kemunculannya di majlis Billboard Music Awards tahun 2016. Adele dilaporkan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 22 kilogram. So, what’s her secret? Khabarnya, pelantun lagu Someone Like You ini mengamalkan diet sirtfood, diiringi dengan pilates dan rutin kecergasan, hasil ilham jurulatih kecergasan peribadinya, Pete Geracimo.

Kondisi tubuh Adele yang nyata mengejutkan ramai pihak.
Diet Sirtfood juga menekankan pemakanan yang mengaktifkan sirtuin iaitu sejenis protein yang membantu dalam mengatur metabolisme malah mengawal nafsu makan. Namum khabarnya, diet ini sangat berat dan ketat.
Apa yang perlu dilakukan secara berterusan dalam tempoh seminggu termasuklah:
1. Membataskan pengambilan 1,000 kalori dengan pengambilan tiga jus hijau dan protein untuk tiga hari pertama.
2. Untuk tempoh itu, dibenarkan menambah pengambilan kalori sehingga 1,500 termasuk makan dua kali sehari bersama dua gelas jus hijau.
3. Untuk fasa pemeliharaan pula seseorang itu harus makan tiga hidangan seimbang ditambah dengan senaman efektif bagi mendapatkan kesan yang diingini dan memberangsangkan.

Adele juga memaklumkan dia menggabungkan diet sirtfood dengan penambahan diet lain termasuk mengawal pengambilan karbohidrat serta gula. Diet sirtfood pertama kali dicipta oleh ahli nutrisi Inggeris bernama Aidan Goggins dan Glen Matten. Buku hasil penulisan mereka, The Sirtfood Diet, diterbitkan di Amerika Syarikat pada tahun 2017.

Sebelum dan Selepas transformasi Adele.
So, the question is do you dare to try it?
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
