Pembukaan Butik Acqua Di Parma Pertama Di The Exchange TRX
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBerita gembira buat ‘CognoScenti’ atau penggemar minyak wangi! Jenama pewangi mewah dari Itali, Acqua di Parma kini telah mendarat di The Exchange TRX yang merupakan butik pertamanya di Malaysia.
Terletak di The Exchange TRX, pusat beli-belah dengan ruang inovatif yang mentakrifkan semula fesyen, kecantikan, peruncitan, makanan, hiburan serta hospitaliti mewah, Acqua Di Parma kini telah mengumumkan pembukaan besar butik baharunya. Ia merupakan pembukaan butik pertama di Malaysia yang membuka pintunya pada 11 Januari 2024.

Menampilkan konsep baharu sepenuhnya, butik ini menggabungkan reka bentuk Itali nan indah dipadukan dengan budaya Malaysia yang meriah. Butik seluas 62 meter persegi itu mengalu-alukan para tetamu dengan dekorasi yang mempersonakan. Kotak topi Parma kuning bersaiz besar di dinding, nyata melambangkan seolah pintu masuk ke dunia Maison. Selain itu, turut terpamer kawasan Seni Pemberian Hadiah Acqua di Parma dan Meja Wangian, di mana tetamu boleh menerokai koleksi-koleksi terindah jenama itu.

Kemegahan seni bina butik itu serta-merta jelas tertera melalui pintu masuk gerbangnya, menjadi ciri utama ruang baharu Acqua di Parma. Mengambil suntikan inspirasi daripada budaya Malaysia, butik ini turut menampilkan lukisan dinding yang diilhamkan daripada tekstil ‘batik’ tradisional. Corak bunga dan geometri yang terang dari cetakan batik itu diimaginasikan semula sebagai lukisan dinding. Lantas, mewujudkan gandingan warna rancak yang dibaluti ketukangan Itali dengan pengaruh tempatan.

Di bahagian dalam pula, reka bentuk butik dihiasi dengan rak boleh laras yang memaparkan pilihan produk gaya hidup dan aksesori pilihan. Disusun atur secara elegan, nyata menghidupkan suasana yang mengundang perhatian. Dalam pada itu, bahagian luar bangunan butik pula telah direka semula dengan keanggunan yang canggih dan bersahaja. Memaparkan kemasan ‘marmorino’ yang halus, lantas menjemput pengunjung untuk menyelami suasana canggih jenama Itali yang terkenal ini.

Acqua di Parma kuning halus menyerlahkan perimeter, dilengkapi dengan perincian kayu hangat yang mencipta suasana nan mesra. Bersama-sama, unsur-unsur ini mencipta pengalaman yang unik dan mengasyikkan. Ia menemukan ketukangan Itali dengan pengaruh budaya Malaysia yang bertenaga.
Artikel Berkaitan: GLAM Bersama La Prairie di The Exchange TRX
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
