fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Eksklusif Di Asia Tenggara, Guerlain Bee Garden Pop-Up Tiba di The Exchange TRX!
Le Labo Fragrances Lancar City Exclusive 2025 Untuk Kyoto
NYFW: Spring 2016 Beauty Report
Cherry Cola Brunettes Ramalan Warna Rambut 2023 Bakal Buat Anda Terasa Lapar
Rambut Dibiar Kering Lebih Mudah Rosak Berbanding Guna Pengering Rambut?
Home > Cantik > Apa Manfaat Pupur Arang Untuk Kulit Wajah?

Apa Manfaat Pupur Arang Untuk Kulit Wajah?

Banyak produk penjagaan kulit wajah atau tubuh badan saat ini yang mengandungi charcoal atau arang.  Ternyata sisa kayu yang dibakar ini mengandungi banyak kebaikan untuk kulit wajah. Ini kenapa anda perlu memilih pupur arang sebagai rutin penjagaan wajah.

Pupur Arang

Sebagai Agen Detoksifikasi Kulit 

Arang aktif adalah jenis arang yang telah dipanaskan dapat melindungi kulit wajah daripada terdedah dengan pencemaran udara. Arang juga digunakan dalam proses penyerapan minyak yang tidak diperlukan pada permukaan kulit wajah dan mengecilkan pori wajah.

Sebagai Penarik Toksin Badan dan Wajah

Dalam badan manusia mempunyai unsur baik dan jahat. Arang dikatakan dapat menarik toksin jahat, bakteria, bahan kimia atau kotoran dengan mudah. Oleh itu, arang yang dileburkan sehingga hancur dan lumat akan dijadikan masker wajah kerana boleh menyerap kotoran dengan mudah, sekata.

Mengatasi Masalah Kulit Kusam

Tahukah anda, sebenarnya wajah anda telah terdedah lama dengan pencemaran udara seperti debu motor, kotoran jalanan, radiasi ultraviolet dan sebagainya. Oleh itu, kulit akan semakin kusam dan tidak bermaya! Walaupun anda sembur mist wajah setiap masa, itu tidak mencukupi! Pupur yang berasaskan arang ini akan melegakan dan menyegarkan kulit wajah.

Mengurangkan Kedutan Wajah

Menurut kajian, sebanyak 60% pupur arang wajah ini akan mengurangkan kedutan wajah dengan hanya melepaskan ketegangan wajah secara urutan. Prosedur ini akan meningkatkan sirkulasi darah.

https://www.instagram.com/p/Ce8-QrWOfiw/?utm_source=ig_web_copy_link

Artikel berkaitan Selamatkan Wajah Dengan Pilihan Clay Mask Terbaik 2022!