Tidak dapat dinafikan bahawa kejelitaan bintang Gossip Girl, Blake Lively menjadi kecemburuan ramai, terutamanya dalam kalangan mereka di Hollywood. Blake Lively bukan lagi asing dengan lensa-lensa kamera paparazzi, mahu di atas majlis karpet merah mahupun ketika bersiaran bersama keluarga tersayang.
Namun demikian, persoalannya di sini ialah bagaimana Blake menjaga kecantikannya walaupun dibelenggu stress dari kerjayanya dan kehidupan peribadi yang tidak begitu peribadi? Sememangnya pelakon The Sisterhood of Travelling the Pants ini mempunyai rutin kecantikan yang rapi serta effektif.
Beliau dengan rendah hatinya berkongsi akan rutin kecantikan hariannya, “Saya mengamalkan pemakanan yang sihat dan seimbang. Walaupun hasilnya lambat untuk dilihat, namun diri saya pada masa hadapan akan berterima kasih kepada diri sayang sekarang.” Dari segi perihal make-up hariannya, Blake hanya menggunakan sunblock ber-SPF dan pelembab tinted. Gincu berwarna merah jambu lembut menjadi pelengkap look hariannya. Beliau juga selalu menggunakan kertas penyerap minyak di bahagian pipi dan kelopak mata.
Simple tapi stunning!
Satu tips rahsia yang di berinya ialah meletakkan sedikit blusher di bahagian pipi, hujung hidung dan di perbelahan rambut. “Dengan cara itu, ia tidak menyerupai blusher, namun ianya seakan-akan matahari menyinar atau melantun pada permukaan kulit anda, secara tidak simetrikal. Bukan seperti make-up”, kata Blake akan nasihat yang diberi oleh seorang jurusoleknya suatu ketika dahulu.
Oleh: Aizat Azman Shah
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.



