Sembang Cantik Bersama Azura Abas
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioDr. Azura Abas ialah seorang doktor perubatan yang merupakan contoh inspirasi wanita bekerjaya Malaysia yang berjaya mengimbangkan antara kerjaya dan keluarga. Beliau adalah isteri kepada Dr. Say Shazril dan ibu kepada dua orang anak lelaki. GLAM secara eksklusif menemubual Dr Azura tentang rutin kecantikan dan kesihatannya.

1. Produk solekan mesti pakai setiap kali keluar dari rumah?
Saya pasti akan memilih gincu bibir dan eyeliner setiap kali keluar dari rumah.
2. Amalan kesihatan yang sering diberi keutamaan?
Amalan kesihatan yang sering saya amalkan ialah bersenam sekurang-kurangnya 150 minit seminggu.
3. Tiga peraturan cantik yang anda ikuti..
Saya akan memastikan untuk sentiasa look presentable sama ada di luar atau dalam rumah. Even di dalam rumah lagi harus look presentable supaya suami sejuk mata memandang. Kecantikan bukan dari luaran sahaja. Attitude dan personality bring a big percentage dalam kecantikan. So be nice and respectful to others.
Selain itu, kita harus yakin diri kita cantik, baru orang akan nampak kita cantik. So confidence diri tu penting. Act and talk confidently, then you will radiate beauty.

4. Bagaimana anda menghubungkan rejim kecantikan dengan rutin harian anda?
Bagi saya untuk kelihatan cantik, wajib ada usaha. Saya akan memastikan saya menyolek secara light setiap kali sebelum memulakan rutin harian. Saya juga mengambil suplemen untuk membantu rambut dan kulit setiap hari. Untuk kesihatan dan penjagaan badan, saya wajib bersenam dalam 4-5 kali seminggu sama ada pagi atau petang (depends on work schedule). Pada waktu malam, saya akan mengelak daripada melakukan perkara yang berkaitan dengan kerja (untuk mengurangkan tekanan), dan akan cuba tidur awal atau sekurang-kurangnya dapat tidur yang cukup.
5. Jenis wangian yang mengambarkan personaliti anda?
Saya peminat wangian bunga. Saya mempunyai beberapa wangian dan semuanya berbunga. Untuk lebih spesifik, saya suka aroma mawar. Tidak pasti sama ada ia menggambarkan personaliti saya atau tidak, tapi saya memang sukakan anything floral.
Artikel berkaitan: Sembang Cantik Bersama Chryseis Tan
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
