Solekan Musim Panas Dioriviera 2025
By
Julia Azman
Julia Azman
Siapa Julia Azman? Pengarah Kecantikan GLAM ini mengukir nama dalam dunia editorial selam...
Read Full Bio|
Jul 11, 2025
Dior kembali bersama koleksi Summer 2025, yang membawakan emosi percutian musim panas di French Riviera. Tahun ini lebih istimewa apabila motif corak Toile de Jouy dicipta lebih inovatif.
Dari fajar menyingsing hingga sinaran matahari terakhir, Dior kembali mengamati keindahan French Riviera. Buat kali pertama, corak Toile de Jouy turut kelihatan di bekas solek dan bedak. Koleksi Summer 2025 ini direka oleh Peter Philips, Pengarah Kreatif dan Imej Dior Makeup yang menawarkan palet warna bertenaga dan sesuai untuk percutian di musim panas.
Di bawah sinaran matahari Riviera, koleksi Dior Forever Nude Bronze Glow yang punya tarikan couture hadir dalam rekaan Toile de Jouy dari bekas hinggalah ke permukaan bedak. Buat kali pertama, dengan kehadiran teknologi inovatif Dior, kilauan gangsa menyerlahkan penampilan terperinci corak lagi mewah. Dua warna yang harmoni dalam edisi 031 Coral Bronze dan 032 Pink Bronze memberi kemasan sinar sempurna. Bedak bronze ini hadir dengan warna coral dan merah jambu bersama kemasan satin dan matte. Aplikasinya mudah dengan hanya sapuan lembut berus.
Dior Forever Glow Luminizer mendedahkan semua pancaran musim panas dalam edisi terhad ini. Formula uniknya mengandungi kepekatan mikro-kilau kristal dalam asas gel. Dilihat sebati dengan kulit dan menyerlahkan lagi sinar kulit walaupun di bawah sinar matahari. Ia juga mendedahkan cahaya spektakular melalui warna coral baharu, 004 Coral Glow. Tidak lengkap percutian di musim panas tanpa riasan mata yang indah. Diorshow 5 Couleurs berinspirasikan kediaman Christian Dior di French Riviera dengan dua palet warna merah jambu dan coral. Corak Toile de Jouy yang terukir kemas pada permukaan palet warna ini, bias kilauan mata. Palet edisi terhad ini hadir dengan kemasan satin, matte dan metalik. Tekstur ringan, warna yang menyerlah penampilan mata.
Artikel berkaitan ‘Sunset Blush’ Mendominasi Trend Solekan Terkini
Dua palet yang menangkap warna di kala senja sepertu 974 Pink Riviera dan 654 Coral Riviera menyerlahkan momen sensasi. Lengkapi senyuman bersama Dior Addict Lip Maximizer yang hadir dengan tiga warna terhad seperti 094 Aqua Pop, biru laguna berkilauan, 092 Garnet Fizz, warna merah Garnet Fizz serlahkan keemasan dan 090 Sparkly Sienna, warna seperti tona bata bersahaja. Ia diperkaya dengan asid hialuronik, Dior Addict Lip Maximizer ini menawarkan manfaat pelembapan sebenar untuk bibir, dan kesan pembesaran volum maksimum untuk senyuman yang bercahaya seperti musim. Tambahan sempurna bersama Dior Addict Lip Tint yang juga hadir dengan rona baharu seperti 671 Natural Raspberry dan Dior Addict, 535 Red D-Sire yang dipersembahkan dalam kelongsong couture yang boleh diisi semula.
Penampilan Dioriviera hingga ke hujung jari. Tambahan kemuncak untuk penampilan bertenaga, Dior Vernis hadir dengan dua rona baharu seperti 330 Coral Pop dan 664 Sienna.Teksturnya seperti gel dan warna yang ideal, formula Dior Vernis diperkaya dengan minyak pistachio yang menyumbang kepada sifat pelindungnya, dan ekstrak peony yang membantu menyihatkan kuku.
Artikel berkaitan Ke Destinasi Musim Panas A Summer In Dior Di Pavilion KL
Ceritera musim panas di French Riviera membangkitkan percutian musim panas yang menenangkan. Deva Cassel tampil dengan aura positif lagi bersinar. Solekan yang direka oleh Peter Philips ini seperti Summer Pink Splash dan Summer Pop Corak menyerlahkan kesegaran wajah lagi bertenaga dan bersinar.

See Also
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
Ini 5 Produk Anti Penuaan Untuk Kulit Lebih Anjal
BY Izzati Hailizam
Apr 20, 2026
Coach Dreams Membawa Anda Menjelajah Dunia
BY Syafiqah Alkaf
Apr 17, 2026
Benarkah Cryotherapy Alternatif Buat Rambut Gugur?
BY Julia Azman
Apr 15, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti