Related Stories
Song Ji Hyo Terbang ke Malaysia Lancar Glutanex
Akhirnya, jenama kecantikan Korea, Glutanex, tiba dan dilancarkan di Malaysia. Lebih istimewa lagi, pelakon, Song Ji Hyo, turut hadir merakam memori manis ini.
Glutanex, jenama kecantikan Korea terbaharu menjejaki pasaran Malaysia hari ini. Suatu jenama kecantikan yang harus anda dekati kerana teknologi pembuatannya yang memfokuskan pada kecerahan kulit.
Sempena penceburannya ke pasaran negara ini, duta jenama Glutanex dan peserta rancangan realiti Running Man kegemaran ramai, Song Ji Hyo telah hadir untuk memeriahkan majlis pelancaran di Centre Court, Tingkat CC, Tropicana Gardens Mall.
Glutanex dijangka akan mengubah haluan dalam dunia kecantikan Korea. Ini kerana, jenama ini mengetengahkan ‘glutathione’ sebagai ramuan utama. Buat yang kurang mengenali bahan ini, ’Glutathione’ adalah bahan antioksidan kuat yang berfungsi hebat dalam mencerahkan kulit, menentang penuaan serta menjaga kesejahteraan kulit. Dengan menyekat pembentukan melanin pada kulit, glutathione mampu menjadikan wajah tampil cerah dan cantik berseri.

Menurut Hyun Yoo-Jin, Pengarah Perniagaan Global dan Ketua Pegawai Eksekutif Nexus Pharma Co., Ltd. ,
Kecantikan sejati adalah apabila anda rasa yakin dengan diri anda sendiri. Di Glutanex, misi kami adalah untuk memperkasakan anda supaya anda merasa yakin dengan kulit anda sendiri. Produk kami yang inovatif dirumus rapi dengan ‘glutathione’ gred perubatan bukan sahaja untuk memastikan keberkesanannya mencerahkan dan memutihkan kulit tetapi juga lembut sekalipun pada kulit sensitif.
Sesuai untuk semua lapisan umur, baik wanita muda atau bekerjaya, Glutanex tampil dengan 5 produk penjagaan wajah terbaik boleh anda cuba. Produk-produk tersebut adalah, Glutanex Glow Balm, Glutanex Aqua Booster, Glutanex Snow White Cream, Glutanex Night Serum dan Glutanex Cica Cream. Produk ini boleh didapati di seluruh Watsons Malaysia.
Pautan Berkaitan: Pentingnya Memiliki Kulit Wajah Mulus
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
