fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Bibir Tatu Tarikan Utama Di Minggu Fesyen London 2026
Palette Baru Smashbox Dengan Shay Mitchel
Tukar Mood Percutian di Lancôme Express Di Mid Valley
Seri Pengantin Izza Atirah Disempurnakan Oleh Sentuhan Ahmad Dani
Tiga Produk Baharu Untuk Wajah Anda

SOTHYS Detox Energie™ Trio Anti-Pencemaran

Berbicara mengenai kulit wajah, tidak ada wanita yang gemar apabila tanda-tanda penuaan mula muncul. Lebih-lebih lagi apabila faktor alam sekitar menjadi punca utama kepada punca masalah. Kulit tidak bermaya, kusam, penuaan pramatang dan boleh menjejaskan kulit pada tahap biologi dan selular dengan mencetuskan tindak balas rantai (biologi) dan menyalirkan tenaga sel (selular). Sama ada anda di bandar atau di luar bandar, patikel debu yang sarat dengan benda asing, pencerobohan kulit ini terus berlaku.Sekadar mengoles krim anti penuaan tidak mampu mengembalikan keremajaan dan melindungi. Jadi apakah penyelesaianya, kunci pandangan anda buat SOTHYS Detox Energie™.  Hasil penyelidikan selama empat tahun, Sothys Advance telah membangunkan penyelesaian penjagaan kulit lengkap yang mensasarkan pencemaran kesan yang merosakkan pada kulit.

https://www.instagram.com/p/B3l8P9OlO5Y/?utm_source=ig_web_copy_link

Ia diformulasikan dengan trio eksklusif bahan aktif, termasuk ekstrak elderberry organik yang paten, generasi baru ekstrak akar ginseng Siberia organik untuk memulihkan semula kulit dan peptida biomimetik yang menyahtoksik kulit, mengurangkan kesan pencemaran pada kulit dan meningkatkan tenaga sel.

Produk bintang SOTHYS Detox Energie™. Energizing Serum, a Depolluting Youth Cream, Protective Depolluting Essence, Energizing Radiance Ampoules dan Instant Energizing Corrector direka untuk melindungi dari pencemaran, detoksifikasi dan memberi tenaga kepada kulit.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Instant Energizing Corrector boleh digunakan pada siang hari sebagai asas solek atau primer. Ia mengimbangi tekstur kulit lalu,membetulkan ketidaksamaan dalam warna kulit.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse