Tampil Seksi Dalam Masa Lima Minit

Sudah terlambat untuk temu janji penting bersama yang tersayang atau klien? Kini anda tidak perlu khuatir, GLAM beri solusi untuk tampil seksi dalam masa lima minit.

     

  1. Rambut tidak sempat digayakan? Usah risau. Cipta gaya rambut loose curl atau beach head untuk alunan rambut seksi. Apa yang boleh dibuat adalah dengan mengikat rambut gaya bun dan biarkan selama lima minit. Bawa penyembur rambut bersaiz mini di dalam tas tangan kemudian semburkan pada bun rambut. Selesai lima minit, lepaskan ikatan rambut dan biarkan digaya messy.
  2.  

  3. Paling penting kemana sahaja anda pergi, bawa sekali gincu bibir merah. Ini kerana gincu berona merah mampu membuat wajah bukan sahaja tampil bersiap dalam sekelip mata malah ia membuat anda yang bersolek minimal tampak memukau. Jika anda memiliki lingkaran gelap bawah mata yang ketara, oleskan concealer dan rapikan bersama bedak tabur. Dengan menyamarkan lingkaran gelap tersebut, ia mampu membuat anda tampil lebih bermaya dan berkeyakinan.
  4.  

  5. Define your eyes! Jika tiada masa untuk mempersiapkan diri dengan solekan penuh dan tebal, layangan maskara sudah memadai. Beri definisi kepada mata juga kening persis Cara Delevigne.
  6.  

  7. Bawa face mist kemana sahaja. Kulit yang tidak mempunyai bekalan air yang mencukupi boleh membuat wajah kelihatan tidak bermaya malah kulit anda menjadi kering. Sebelum keluar bertemu teman, semburkan face mist pada muka. Pilih haruman mawar kerana ia bukan sahaja menyegar malah mengetatkan liang pori yang terbuka supaya kulit tidak terdedah kepada bakteria udara di sekeliling!
  8.  

Cantik dari dalam
Kesihatan diri adalah yang lebih penting. Jika sering mengamalkan pengambilan air putih serta menjaga pemakanan yang seimbang, pasti wajah tampil glowy secara semula jadi. Rahsia solekan yang sempurna adalah bermula daripada dalaman tubuh seseorang. Lakukan senaman ringan walau di dalam kereta kerana ia juga mampu membuatkan tubuh lebih bermaya seterusnya menjadi bonus pada personaliti diri yang ceria.
 


POST A COMMENT