Tampil Sihat Organik

T59551453_Max

Gambar: Arkib GLAM


 
Produk penjagaan rambut sehingga ke penjagaan kaki kini banyak didapati di pasaran. Ramai yang membeli produk-produk ini tanpa membaca atau mengetahui terlebih dahulu bahan kimia yang terdapat di dalam produk tersebut. Ada antaranya mengandungi bahan kimia yang mungkin tidak sesuai untuk anda. Trend terkini adalah dengan menggunakan produk yang berasaskan bahan organik.
 
Definisi organik

Apabila bertanya apakah itu organik, sudah pasti anda semua tahu maknanya iaitu bahan semulajadi yang natural tanpa sebarang kompaun sintetik. Ia sering kita dengar tidak kiralah sama ada pada makanan organik, ladang organik juga tidak ketinggalan tekstil organik. Namun kecantikan berasaskan organik  bukan lagi suatu benda baharu. Sudah banyak jenama yang menjual produk kecantikan organik.
 
Mitos produk kecantikan organik

Antara mitos  mengenai produk organik yang membuat ramai ragu-ragu  menggunakannya adalah berkisar racun perosak. Ada pendapat mengatakan racun perosak yang disembur pada tumbuh-tumbuhan berkemungkinan  kekal di dalam  produk kecantikan itu. Usah risau, racun perosak akan hilang sewaktu proses pensterilan yang bertindak membuang segala kuman bakteria juga hama.
 
Kebaikan produk kecantikan organik

Banyak perbezaan di antara produk bebas toksik ini dengan timbunan produk lain yang sedia ada di pasaran. Antaranya, produk organik yang dihasilkan para saintis tidak dikaji ke atas haiwan kecuali lilin lebah, madu lebah, susu lembu juga propolis kerana ia tidak membahayakan haiwan-haiwan ini.Tumbuh-tumbuhan organik mengandungi elemen yang lebih berharga. Menurut kajian di Universiti California, buah beri juga jagung yang ditanam secara organik mengandungi lebih 58 peratus polifenol juga antioksida semula jadi yang membantu mencengah penyakit jantung juga kanser. Produk kecantikan organik tidak mengandungi bahan pengawet daripada kompaun paraben seperti propyl, methyl juga ethyl. Bagi mendapatkan sijil sah produk organik, mereka harus menepis kesemua bahan pengawet yang membahayakan ini. Jadi, ternyata para pengguna tidak perlu khuatir akan produk organik ini.

POST A COMMENT