oleh: Suzie Adnan

“Has she had any work done?” Oh, sungguh sinikal orang kita. Tetapi percayakah anda yang dalam sesetengah kes, perubahan seseorang itu tidak langsung disebabkan oleh apa jua pembedahan plastik sekali pun? Mungkin betullah agaknya apabila ada yang memberikan alasan wajah semakin muda sebab air sembahyang! Ini bukan perli. Saya cuma mahu meletakkan situasi ini dalam perspektif yang lebih jelas.
Bila usia bertambah, rupa wajah dan bentuk tubuh pun turut berubah. Perkataan kunci di sini adalah degeneration. Itu perkataan yang asyik bermain dalam kotak fikiran saya selepas hampir separuh hari berbual leka dengan Dr. Alice Michael di kliniknya, Medispa di Bangsar.
Awalnya saya sibuk bertanyakan perihal manusia dengan impian mahu muda selamanya, statement saya disangkal oleh pakar kosmetik tersebut. “Tujuan pembedahan kosmetik bukan sekadar untuk nampak muda ia juga bagus untuk mengetatkan apa-apa yang longgar, mengemaskan apa-apa yang kendur. Umum cuma ingat kulit sahaja yang berkedut, tetapi ramai lupa yang organ-organ dalam badan juga melalui proses tua. Kerana itu, usia bertambah dan ketinggian pun menurun akibat tulang mulai mengecut.” Malah suara juga akan berubah dan buktinya ramai penyanyi-penyanyi hebat sudah tidak mampu lagi ‘tarik’ suara sebagaimana sewaktu zaman kegemilangan mereka.
Terus saya teringatkan rambut sendiri yang semenjak dua menjak ini begitu sukar diurus. Selalu saya berseloroh, “I have old people’s hair!” Lupa pula yang rambut juga melalui proses penuaan. Barulah saya teringatkan beberapa set rawatan rambut anti-penuaan yang suatu masa dulu saya ambil endah tak endah dan kini barulah saya sedari kepentingannya! Sewaktu muda remaja dulu, usia tua dirasakan seperti jauh lagi. Bila umur sudah melebihi suku abad, barulah tua itu saya berasakan amat dekat sekali.
Ya, kita semua akan tua. Kulit akan berkedut dan mengendur. Tapi kita semua selalu berfikiran yang tua itu hanya pada luarannya sahaja, walhalnya kita lupa yang dalaman juga melalui proses penuaan. Isi badan, tulang-belulang, semua itu akan mengecut dan menjadi rapuh. Tiada apa jenis supplement atau senaman dalam dunia ini yang mampu menghentikan proses itu. Suatu kebenaran yang menginsafkan.
Produk anti aging pilihan GLAM:
[soliloquy id="49307"]
[soliloquy slug="tua-bukan-hanya-di-kulit"]
Artikel Berkaitan
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Sel...
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Henry Jacques Membawa Dunia Haute Parfumerie ke Ku...
Adakah Terapi Air Ais Benar-Benar Rahsia Kulit Sen...
Mengapa ‘Body Oil’ Kini Lebih Digemari...
GLAM The Best of Beauty Awards 2026 Kembali Dengan...
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
