See Also
Teman baik Datin X tiba-tiba buka cerita tentang sosialit yang bergaya ini. Sarimah sememangnya sudah lama bercinta dengan Zarul. Bercinta daripada zaman sekolah lagi. Memang Sarimah jaga Zarul betul-betul kerana lelaki itu adalah anak orang kenamaan dan dia pula anak orang biasa-biasa saja. Walaupun bukan di Kuala Lumpur, bapa Zarul, Datuk Joe memiliki empayar industri bijih besi yang besar dan beberapa perniagaan lagi di Kuantan. Sarimah pula meski bukan anak orang berada tetapi amat popular di kalangan teman-temannya.
She has always been the centre of attraction among her friends in school. Dia popular dengan percintaannya dan kira dialah queen B di sekolah dulu. Zarul pula sudah menjadi kekasihnya sejak zaman sekolah lagi. Memang sejak dulu Zarul akan memanjakannya dengan barang berharga. Setiap kali ulang tahunnya, Zarul akan memberi hadiah mahal dan istimewa. Budak Kuantan jakunlah mungkin kalau dapat gelang Thomas Sabo atau bag Marc Jacob. Alahai belum tentu budak-budak yang bersekolah di KL tahu apa itu Thomas Sabo, Marc Jacob, Moschino, pada usia 14 tahun. Lagi ini cerita 20 tahun yang sudah. Dan apabila Zarul bercuti ke luar negara, selalulah dia beli buah tangan untuk kekasih hatinya. Datuk dan Datin pun suka dengan Sarimah. Kata orang puppy love sungguhlah mereka ini. Alhamdulillah jodoh mereka panjang. Usia 21, sebelum Zarul melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda di Londo,n mereka bernikah. Gilang gemilang sambutannya. Hai memang waktu itu Sarimah seperti puteri raja. Yalah Zarul pula anak sulung daripada tiga beradik yang semuanya lelaki, mahu tidak satu kampung Datuk Joe jemput. Dengar cerita perkahwinan mereka turut dihadiri kerabat dari Pahang! Untung betul. Hantaran pun 40k! Mereka berbulan madu di London sekali gus tinggal di sana kerana Zarul menuntut di London.
Sarimah tinggal cuci kaki sahaja kerana Datuk Joe memang sudah mempunyai kediaman di London. Jadi mereka mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Bertuah badan. Di sana dia hanya menguruskan suami sahaja. Dia tak mahu sambung belajar kerana belajar di sekolah pun teruk keputusannya. Apa lagi aktiviti si Sarimah kalau sudah menetap di London? Belajar tidak, kerja tidak maka jawabnya shopping sakanlah dia. Waktu itu belum ada Facebook lagi, jadi selalulah dia upload di akaun Myspace memaparkan kehidupannya di London untuk tontonan teman-teman sekolahnya. Ayat-ayatnya boleh tahan berlagak juga.
Bertambah seronok kerana dalam setahun keluarga Zarul akan melawat mereka dua ke tiga kali dan mereka menyambut raya di London. Ramailah teman-teman sekolah yang mencemburuinya. Empat tahun di London, Sarimah dan Zarul dikurniakan seorang anak. Sekembalinya ke tanah air ramailah kawan-kawan sekolah berjumpanya dan memujinya. Sarimah memang terkenal dengan perangai berlagaknya sejak zaman sekolah. Lepas balik dari London sikap berlagaknya tambah menjadi-jadi. Cakap Melayu dia tak suka sangat. Dia kata pada teman-temannya anak dia sepatah haram pun tak faham Bahasa Melayu. Tabiat membeli-belah di London di bawanya ke Malaysia. Ibu mertua pun begitu sayang padanya. Yalah, anak perempuan tak ada, Sarimah sepertikan anak perempuan kandungnya. Selalulah Datin bawa Sarimah ke majlis-majlis berprestij di ibu kota. Dia mulalah berkawan dengan sosialit-sosialit kota. Cita rasa fesyennya pun boleh tahan.
Hinggalah satu hari ini, adik iparnya berkahwin. Adik iparnya ini lebih berjaya daripada suaminya. Dia pandai menguruskan perniagaan. Gelap juga dunia dia dengan kehadiran birasnya ini. Daripada persiapan majlis perkahwinan mereka lagi Sarimah sudah mula iri hati. Nak dijadikan cerita birasnya ini well educated, cantik pula tu. Mungkin Datin excited dapat menantu baru, perhatian pada Sarimah pun kurang. Yalah topik yang mahu dibualkan dengan menantu baru lebih banyak. Orang terpelajarlah katakan. Tentunya lebih seronok berbual kalau nak dibandingkan dengan Sarimah yang hanya lepasan SPM dan keputusan pun suam-suam kuku sahaja. Mujur dia pandai bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana itu subjek kegemarannya.
Tambah pedih hatinya apabila birasnya ini bekerja sebagai peguam. Selalulah Datin banggakan menantunya yang baru itu kepada teman-temanya. Dia yang rasa tercabar lantas mahu memulakan bisnes. Katanya dia pun mahu jadi wanita berkerjaya. Tetapi setiap kali bisnes dia buka pasti tidak bertahan lama. Hangat-hangat tahi ayam sahaja. Bosan dengan bisnes itu, buka bisnes lain. Untung entah ke mana. Modal bukan sikit-sikit, satu bisnes mahu setengah juta. Perangainya itu mendatangkan kemarahan pada Datuk Joe yang memang tegas dalam selok-belok perniagaan. Duit modalnya pun tentu-tentulah daripada Datuk Joe, tapi kalau sudah tiga empat kali asyik tak jadi, naiklah berangnya.
Tiba-tiba adiknya mendapat gelaran Datuk daripada Sultan Pahang. Bagaikan tersiat-siat hati Sarimah apabila si biras pun dapat title Datin! Jadi satu kampunglah bangga dengan adik ipar dan birasnya. Perhatian kepadanya semakin berkurang. Dan apabila di ibu kota, Sarimah selalu bercerita buruk pada teman-temannya mengenai birasnya. Lebih parah apabila dia menceritakan yang sebenarnya adik iparnya itu beli title Datuk. Lama-kelamaan cerita-cerita tidak enak itu sampai ke telinga Datin. Hai malulah Datin apabila ahli keluarga sendiri memburuk-burukkan keluarga. Mulalah berlaku pergaduhan antara Datin dan Sarimah.
Malang sungguh kerana hasad dengki, hubungan Sarimah dengan ibu bapa mertuanya tidak baik lagi seperti dulu. Kini dia bukanlah menantu kesayangan lagi. Tetapi kata teman Datin X, perangainya masih tidak berubah malah semakin hari bencinya semakin membuak-buak pada birasnya.
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
