Related Stories
See Also
Seronokkan bila dah berusia hampir separuh abad pun suami masih tidak kekok pegang tangan kita, belai kita dengan kasih sayang walaupun depan orang? Seperti pasangan Datuk dan Datin ini, yang Datuk agak berusia tapi Datin masih lagi dalam awal 30-an. Bak merpati dua sejoli, kedua-duanya very oh so loving dan tak segan nak PDA (public display of affection) di khalayak ramai biarpun ada kalanya boleh mendatangkan rasa meluat di kalangan teman-temannya. Bukan Datin X jealous okey… tapi sangsi. Sangsi pada si Datuk tadi yang Datin X dan kawan-kawan lain syak bukan lelaki ‘sejati’!

Dari lenggok badan serta gaya percakapan, Datuk ini memang boleh dikategorikan sebagai lelaki ‘lemah-lembut’. Bukan sahaja sifat yang lembut tapi kulit wajahnya pun mulus bersih berbedak, kalah orang perempuan! Bersama Datin, Datuk rupanya pengunjung setia salun dan spa-spa kecantikan selain rajin ke gym untuk ‘buat badan’. Sebab itulah body Datuk buff semacam, apalagi dia gemar berbaju ketat untuk menayang ketulan-ketulan di lengan dan dadanya.
Setiap kali terserempak dengan Datuk ini, tak pernah sesekali dia berpenampilan ‘biasa’ seperti kebanyakan lelaki lain walau di hari minggu sekalipun. Baju yang dipakai semuanya ada cop designer brand. Lambang kuda bertempek besar di bahu, tali pinggang buckle ‘H’ sebesar alam, kasut loafer hijau merah dengan simbol double ‘G’. Datin pernah bercerita, “My husband ni cerewet. Kalau I boleh bersiap in less than 30 minutes, he needs more than an hour. Mana kemeja yang elok padanannya dengan sut yang mana… nak pilih kasut lagi, jam tangannya lagi, kafling dan macam-macam lagilah! Kalau seluarnya pink maka kemejanya pun mesti nak pink juga!” Tersenyum sendiri Datin X setiap kali teringat statement Datin ini.
Kalau orang bisnes suka bertanggak di lobi-lobi hotel untuk sembang pasal perniagaan, Datuk pula lebih minat lepak di kafe-kafe moden bersama rangkaian lelaki muda yang tiada kena mengena dengan ruang lingkup bisnesnya. Duduk bersembang sehingga larut malam sampai ada kalanya tidak pulang, juga ada khabar memberitahu yang Datuk ini amat ringan tangannya menghulur duit poket buat kawan-kawan muda bujang trang tang tang yang selalu hang out dengannya. Kemesraan lain macam sampai ramai mengesyaki yang Datuk ni sebenarnya sponsor ‘anak-anak ikannya’! Eee… geli-geleman Datin X memikirkan tabiat manusia hari ini yang sungguh terbuka melawan fitrah alam. Paling kasihan, tentulah isterinya. Ramai hairan bila Datin langsung tak rasa janggal dengan fiil luar biasa suaminya. Paling tidak, takkanlah dia tak rasa pelik bila si suami keningnya sentiasa dicukur halus seperti wanita? Datin X percaya isteri itu tahu ada sesuatu yang tak kena tapi dia pretend buat-buat tak faham saja. Sekilas ikan di air, sudah tahu jantan betinanya… Orang jauh pun boleh syak wasangka apatah lagi dia yang tidur sekatil tinggal bersama!
Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Datin X: Datin Larikan Diri Dengan Bekas Adik Ipar
BY GLAM Malaysia
Sep 26, 2025
Datin X: Cintanya Milik Taikun Liquid Gold Sheikh ...
BY Aizat Aidid
Aug 04, 2025
DATIN X: Bomohkan Menantu Sendiri Kerana Geram Cur...
BY Yusairi Fitri
Apr 14, 2025
Nama Tyra Banks Digugurkan Daripada Dancing With T...
BY Siti Syahidah
Apr 15, 2022
Nadi Baru Le Roseau
BY Faizal Hadi
May 19, 2020
Towards The Sun
BY Faizal Hadi
May 13, 2020
Item Hangat Bottega Veneta Sekarang!
BY Faizal Hadi
May 08, 2020
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
