Datin X: Kerani Upgrade Diri Jadi Bini Nombor Dua

DatinX

Gambar: Arkib GLAM


 
Sambil mengopi di Acme Bar, Troika dengan teman Datin X yang satu ini, dia bercerita mengenai bekas teman serumahnya Aishah yang dulunya bekerja sebagai kerani di syarikat binaan kelas A milik Datuk Fairuz. Aishah walaupun budak kampung tetapi suka berfesyen. Bergayalah dia walaupun sekadar shopping baju di Sungei Wang. Bosnya, Datuk Fairuz memang terkenal dengan tabiat panas barannya. Setiap kali dia dapat aduan daripada klien habis semua dimaki hamunnya dan yang paling teruk jadi mangsa tentulah Aishah. Maklum sajalah kerana selain kerani Aishah juga merangkap PA Datuk Fairuz. Kalau ikutkan hati mahu saja Aishah berhenti kerana beban kerjanya yang banyak itu tetapi memikirkan ekonomi sekarang yang susah dapat kerja, dia terpaksa bertahan dengan perangai bosnya itu. Makin dibiarkan makin teruk perangai Datuk Fairuz sehinggalah dia naik benci pada Datuk Fairuz.
 
“Bodohlah! Lembablah kau ni! You should have done it by now!” Begitulah garangnya Datuk Fairuz memaki hamun Aishah jika ada silap. Satu hari isterinya ke pejabat. Ada lunch date bersama Datuk Fairuz. Itulah kali pertama Aishah bersua muka dengan Datin Nora. Datin Nora memang cantik dan bergaya orangnya. Terpegun Aishah melihat kecantikan Datin Nora. Hari itu Datin Nora menyerlah dengan Beg Lady Dior rona ungu yang dipadankan dengan sepatu flat Chanel. Aishah mengerling ke arah Datin Nora dari atas hingga ke bawah. Entah kenapa Aishah berasa iri dengan isteri Datuk Fairuz. Habis segala akaun Facebook, Instagram, Datin Nora di intipnya. Meski dia cemburu pada Datin Aishah, dalam diam-diam dia jadikan Datin Aishah idolanya dalam berfesyen.
 
Sedikit demi sedikit dia menukar gayanya. Walaupun tidak original dia belasah beli saja. Daripada gaya rambut hinggalah cara pakai. Kerana obses yang melampau, Aishah cemburu melihat kemewahan Datin Nora yang dipaparkan di media sosial. Tertekan dengan Datuk yang kerjanya asyik memaki sahaja, Aishah bertindak drastik dengan berjumpa bomoh. Niatnya cuma satu saja. Dia mahu Datuk menikahinya dan dapatlah dia marasa hidup mewah seperti Datin Aishah. Setelah berjumpa bomoh maka setiap harilah dia membancuh kopi bersama air pengasih yang diberikan bomoh untuk Datuk Fairuz. Makin hari makin berkurang maki hamun Datuk terhadap Aishah. Rakan-rakan sepejabat pun mula hairan kerana Datuk Fairuz tidak lagi menggila marah-marah Aishah seperti kebiasaannya. Mereka tidak tahu yang Aishah sanggup berhabisan wang gajinya untuk berbomoh.
 
Akhirnya Datuk Fairuz terperangkap dengan sihir Aishah. Dia menikahi Aishah di Thailand secara senyap-senyap. Aishah sanggup bertuankan syaitan dengan amalan ilmu hitamnya. Nasi kangkang adalah menu Datuk Fairuz saban hari. Datuk Fairuz tidak lagi memaki hamunnya tetapi menurut sahaja apa kata Aishah. Aishah mula menikmati hidup senang-lenang. Apa saja yang Datin Nora ada dia juga mahu. She is in fact a clone of Datin Nora. Tetapi Aishah ini rupa parasnya muka Melayu biasa saja. Hidung pun pesek kata teman Datin X. Namun apa yang lebih membuat Datin X terkejut apabila diberitahu Aishah sebenarnya suka hubungan sejenis. Tak terkata Datin X apabila mendapat tahu dia menjalin skandal dengan pengkid sebagai pemuas nafsunya. Pengkid itu baru saja dikenali sewaktu melayannya di butik. Datuk Fairuz tidak tahu akan hal ini. Aishah bijak memainkan peranan sebagai isteri mithali tetapi penuh helah dengan sihir.
 
Hubungan Datuk dengan Datin Nora pula semakin hari semakin hambar. Datuk sudah tidak ada nafsu untuk ‘bersama’ Datin Nora kerana perbuatan terkutuk Aishah. Datin Nora minta diceraikan kerana mereka sentiasa berkelahi dan ‘panas’ antara satu sama lain. Tetapi Datuk enggan ceraikannya kerana baginya his first wife is his lucky charm. Takut nanti dilepaskan Datin Nora segala kekayaan juga hilang! Hidup Datin Nora bagaikan neraka apabila dirinya terkena perbuatan sihir Aishah. Dan Datuk pun tidak ambil kisah lagi mengenai dirinya. Hanya anak-anak yang menjaga Datin Nora. Apabila dia dirasuk dia akan meracau terjerit terlolong memaki hamun Datuk Fairuz. Bomoh Aishah bukan calang-calang kerana empat lelaki berbadan gemuk memegang Datin Nora untuk diubati Ustaz pun tercampak dengan tenaga Datin Nora. Begitulah kuatnya Datin Nora apabila dirasuk. Hampir setahun menderita Datin Nora akhirnya meninggal dunia. Sehingga ke akhir hayatnya dia tidak tahu suaminya sudahpun bernikah dengan Aishah iaitu bekas kerani suaminya.
 
Datuk pula enggan membela anak-anaknya kerana Aishah tidak mahu menjaga mereka. Ketiga-tiga orang anaknya dibela ibu arwah Datin Nora di kediaman mereka di Kuala Lumpur. Masing-masing bersekolah di peringkat menengah. Datuk hanya memberi nafkah pada anak-anaknya tetapi tidak pernah ambil tahu mengenai mereka. Tetapi Aishah lupa kekuasaan Tuhan. Walaupun sudah tiga tahun berkahwin, dua kali mengandung tetapi apabila kandungannya cecah lapan bulan anak di dalam kandungannya hilang. Itu sebenarnya syarat yang harus Aishah akur untuk amalan sihirnya. Setiap hari kerja Aishah hanyalah menangis. Selepas kehilangan anak kedua keadaannya bertambah teruk dan dia akhirnya meroyan. Aishah kadang-kadang bercakap seperti orang gila. Dia bercakap-cakap dengan anak-anaknya seolah-olah mereka wujud. Dengar-dengar cerita Datuk Fairuz sudahpun menceraikan Aishah dan kembali pada anak-anaknya. Datin X naik seram dengan amalan sihir Aishah yang akhirnya memakan dirinya sendiri. Semoga Aishah kembali sembuh dan sempat bertaubat atas segala kekhilafan dan dosa yang dilakukan!
 

POST A COMMENT