Retorik: Prinsip-prinsip anti penuaan – oleh Dr Nadzri Mokhtar
Oleh: Dr. Nadzri Mokhtar
Istilah perubatan anti aging atau anti penuaan bukanlah sekadar bermaksud botoks atau rawatan untuk awet muda. Perubatan anti penuaan sebenarnya melibatkan sistem hormon kita. Tahukah anda hormon banyak mempengaruhi tahap kesihatan kita? Hormon mempengaruhi keanjalan dan kesihatan saluran darah, tahap densiti tulang, kekuatan otot dan ligamen, kecantikan kulit, rambut dan kuku. Ia juga mempengaruhi ketajaman fikiran, konsentrasi, mood, keyakinan dan tahap optimisme kita.
Hormon berubah disebabkan pemodenan. Bahan makanan dan minuman mahupun produk kecantikan seperti krim muka, mekap termasuk syampu mengandungi ‘hormone altering chemical’ yang dapat mengubah kestabilan hormon kita. Stres juga banyak mempengaruhi dan mengurangkan tahap hormon kita.Di dalam satu kajian, sampel darah daripada tali usus bayi baru lahir diambil dan didapati mengandungi lebih daripada 230 jenis. Bayi ini adalah suci dan sudah tentu chemical tersebut diwariskan daripada ibunya. Pencemaran alam juga boleh mempengaruhi seks sekumpulan ikan! Jika chemical boleh mempengaruhi pelbagai hormon di dalam haiwan maka ia juga boleh mempengaruhi kita. Semua hormon itu berasal dari suatu sumber iaitu kolesterol! Kita perlukan kolesterol untuk menghasilkan hormon, ia merupakan satu substrat permulaan. Setelah melalui beberapa proses ia ditransformasi kepada pregenalone -> progesterone->Dhea->testosterone->estrogen.
Estrogen adalah sejenis hormon “kewanitaan”. Terdapat tiga jenis estrogen iaitu oestrodiol, estrone, estriol. Oestrodial adalah yang paling poten antara tiga. Efeknya boleh dibahagikan kepada 2 iaitu fizikal dan psikologi emosi, mental dan naluri. Antara kesan fizikal adalah ia melahirkan sifat kewanitaan, kulit yang gebu, rambut ikal mayang, buah dada dan punggung yang besar serta libido yang tinggi. Kesan psikologi pula memberi sifat kewanitaan seperti penyayang dan manja. Manakala kesan kepada mental ialah ketajaman fikiran dan emosi menzahirkan perasaan tenang. Sewaktu menopause keadaan hormon bercelaru dan tahap hormon mendadak turun menyebabkan wanita berfikiran rungsing, emosi dan sangat sensitif. Keadaan fizikal juga berubah. Kulit semakin kering, kedutan semakin jelas dan wujudnya ‘hot flushes’. Fasa ini menyumbang stres kepada kebanyakan wanita.
Masalah ini boleh diatasi dengan mengambil pil penggantian hormon, suntikan impan dan krim. Sebenarnya selain wanita, ada lelaki yang tinggi kandungan estrogennya. Lelaki yang tinggi tahap hormon estrogennya akan mengalami kesan seperti libido mereka menurun yang boleh menyumbang kepada Erectile Dysfunction atau lemah syahwat. Kulit mereka akan lebih lembut dan akan mengalami pembesaran lemak dada atau ‘man boobs’. Mereka juga akan lebih sensitif dan hilang kemaskulinannya. Kajian para saintis juga mengaitkan tahap estrogen tinggi dengan risiko kanser prostat.
Tahap Testosterone yang sihat memberikan efek positif. Antaranya, ia dapat melindungi saluran darah kita dari atherosclerosis, dan mengawal tahap kolesterol dalam darah, membantu ketajaman fikiran serta daya ingatan. Selain itu testosteron juga menyokong kepaduan otot otot kita, ‘muscle mass’ dan kekuatan jasmani. Selepas menopause, si isteri akan kekurangan estrogen tetapi sistem adrenalinnya masih menghasilkan testosteron, jadi perangai mereka akan lebih agresif.
Ada beberapa lagi hormon penting yang juga memberi impak kepada kita, seperti cortisol –satu hormon yang mengawal keseimbangan gula, growth hormone, Dhea, oxytocin, melatonin dan sebagainya. Mengetahui tentang hormon akan sedikit sebanyak dapat menolong kita mengekalkan tahap kesihatan. Rawatan Hormon Bioidentikal bermakna hormon yang diformulasikan mempunyai bentuk molekular yang seakan atau serupa dengan bentuk molekul hormon semulajadi kita. Saya pernah dikunjungi pesakit yang mengadu lesu dan kurang cergas.
Setelah mengambil sejarah penyakit, pemakanan dan supplemen, aktiviti senaman dan membuat pemeriksaan, kami membuat suatu ujian darah untuk mengetahui apakah profil hormonnya. Hasil ujian didapati bahawa hormon estrogen, progesteron, growth hormone, cortisol ,thyroid adalah sangat berkurangan dalam dirinya. Saya membuat kesimpulan bahawa wanita ini mengalami sindrom Burnout. Untuk menguatkan lagi diagnosis, dia juga mengalami simptom-simptom selari dengan kekurangan hormon yang disebut, seperti kekeringan kulit, kuku dan keguguran rambut, kekurangan tenaga batin dan keinginan syahwat, serta penambahan berat badan dengan mudah. Saya mengesyorkan kepadanya untuk memulakan terapi supplementasi menggunakan krim-krim bioidentikal. Saya percaya ramai wanita di luar sana yang turut dihambat masalah serupa. Usah gusar dan dapatkan pertolongan pakar. Amalkan gaya hidup sihat dan nikmati hidup ini.
Dr. Nadzri Mokhtar Pengarah Perubatan NaraMedispa ini sering berkongsi trend rawatan terbaru di dunia serba moden ini. Sila e-mel pendapat peribadi anda kepada suzieadnan@bluinc.com.my
*Artikel ini disiarkan dalam GLAM edisi Mei 2016
Sorotan Lain
Artikel Berkaitan
Ungu Warna Terbaik Pengaruhi Rutin Seks
BY Wan Firdaus
Apr 16, 2020
Retorik: Belenggu Budaya Menghukum dan Membenci
BY Fara Adilla
Apr 16, 2020
Retorik: Industri Fesyen Lokal dan Masa Depannya
BY Fara Adilla
Apr 02, 2020
Pregnancy Sex: Is It Safe?
BY Wan Firdaus
Mar 27, 2020
Retorik: Tekanan Media Sosial Membawa Kepada Kemur...
BY Fara Adilla
Mar 25, 2020
Retorik – Membunuh Kebahagiaan Dalam Diam
BY Fara Adilla
Mar 20, 2020
Checklist Seks ‘Before & After’- Bahagian...
BY Wan Firdaus
Mar 17, 2020
Pilihan Bacaan Seterusnya
Fesyen
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
BY Syahirah Hussain
Jun 03, 2026
Gaya Hidup
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
BY Izzati Hailizam
Jun 02, 2026
Fesyen
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Fesyen
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
BY Marissa Suhaila
May 29, 2026
Fesyen
Dialog Fesyen: Yuleza
BY Syahirah Hussain
May 29, 2026
Cantik
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
BY Tyraa Bahari
May 29, 2026
Cantik
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Cantik
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
BY Izzati Hailizam
May 29, 2026
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Terima yang terbaik dari dunia Glam!
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.

