The A.I.S.H.A Experience, Sebuah Melodi Perjalanan Aisha Retno
Kenali Miss Universe Malaysia 2025, Kisah Inspirasi Chloe Lim
Elak Cas Telefon Waktu Malam, GLAM Kongsi Cara Gaya Hidup Hijau
Hotel Park Hyatt Kuala Lumpur Tertinggi Di Asia Pasifik Kini Dibuka
GLAM Profil: Sisterhood of Lina & Lini Rahim, Sherry & Julia Amin

Datuk Nicol David, Jaclyn Victor Antara Penerima Anugerah The Knights 2023

3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse

Kategori The Earl & The Baron

Anugerah The Knight 2023 juga mempunyai dua lagi kategori iaitu The Earl dan The Baron. The Earl Award merupakan penghormatan buat mereka yang memberi sumbangan luar biasa dalam bidang masing-masing. Melampaui semua standard, karya pencapaian dalam kategori ini mencerminkan komitmen yang berterusan terhadap kegemilangan dan kelestarian. Pelakon Aaron Aziz dan penyanyi Jaclyn Victor merupakan antara pemenang anugerah ini. Penerima lain termasuk Dato Ismail Nordin, Datuk Jason Tan, Bob Lam (Hong Kong), Jack Lim, Rizal Nainy, Dr Ricky Beh, Mark Lee Kok Huang (Singapura), Zung Ninja, Rebecca Chan (Hong Kong), Danny Goh, Caroline Ang, Edison Ser, Foong Wai Leon dan Kelvin Chan.

Foto: BebasNews

Barisan pemenang sektor korporat diberikan kepada RS Group, Smileway Dental Clinic, Ledgit Viable Sdn Bhd, Shero Cosmetic, De.Wan 1958 by Chef Wan, Tay Motors (M) Sdn Bhd, WKV Holdings Sdn Bhd, Raaji Silk Palace Sdn Bhd, Lokes Ice Cream Sdn Bhd, Lifecare Alliance Sdn Bhd, Jade Garden Seafood Corner, De Kangaroo Production, Bam & Co, Tanah Aina Sdn Bhd, Autoris Adjusters Sdn Bhd, TCM & Western Naturopathic (M) Sdn Bhd dan Chamrun Digital Group. The Baron pula mengiktiraf para perintis dan penggerak industri yang sedang berkembang. Berbekalkan semangat dan bakat luar biasa, pemenang dalam kategori ini merupakan pencetus bagi idea, inovasi serta kecemerlangan yang mengubah lanskap perniagaan pada masa kini. Penerima anugerah ini untuk kategori pencapaian peribadi adalah Amber Tang, Arnold Kwok, Leanz Lim Wei Kuang, Eur Ing Hong Wai Onn, Kyle Tham dan Aya Wong. Sementara itu Damoo Kitchen & Event Sdn Bhd, Gryn Tech Sdn Bhd, HAL Empire Sdn Bhd, Worldwide Express Logistics Sdn Bhd, IDOM Worldwide, Sunshine Asia Group Sdn Bhd, Leng Sean Grooming, Ash Baker Fragrances, TS Marine Frozen Sdn Bhd dan The Herbal Room Enterprise menerima anugerah sama bagi sektor korporat.   Foto: Facebook Baca: Daniel Craig Dianugerah Darjah Kebesaran Sama Seperti Watak James Bond
3 of 3Next
Use your ← → (arrow) keys to browse