Britney Spears Membuktikan Dia Boleh Menyanyi Live
Koleksi Louis Vuitton Hasil Inspirasi Seni Brazil
Raikan Cinta Bersama Koleksi Soleluna LoveStruck Oleh DeGem
Penyamaran Justin Bieber di Amsterdam Gagal
Red Carpet: GQ Men of The Year Awards 2016
Home > Uncategorized > David Bowie Meninggal Dunia

David Bowie Meninggal Dunia

Oleh: Mujahid Saddam

 

David BowieGambar: TPGVIP

  Penyanyi legenda British, David Bowie meninggal dunia setelah bertarung dengan kanser selama 18 bulan. Berita tersebut disahkan oleh anak lelakinya, Duncan Jones di akaun Twitter miliknya serta laman web rasmi penyanyi itu.   “David Bowie meninggal dunia secara tenang hari ini dikelilingi ahli keluarganya setelah 18 bulan bertarung dengan kanser. Walau anda turut sama berkongsi kehilangan ini, kami meminta anda untuk menghormati privasi keluarganya di waktu duka ini,” demikian kenyataan rasmi dikeluarkan wakil keluarga Bowie.   Jumaat lalu menyaksikan pelancaran album ke-25 Bowie bersempena sambutan hari lahirnya yang ke-69. Album yang digelar “Blackstar” itu mendapat pujian hebat dari pengkritik muzik.   Bowie meninggalkan balu, peragawati terkenal Iman serta anak perempuan, Alexandria Zahra Jones dan anak lelaki dari perkahwinan terdahulu, Duncan Jones.