Estetik gaya ala dunia fantasi antara yang menjadi pilihan untuk mencipta syurga buat pemilik kediaman. Gabungan beberapa elemen mampu menterjemahkan Impian mencipta ruang seperti kayangan buat menempati segenap ruang kediaman milik anda.
teks SHAHRIL HADI HALIM
Ajnas gaya sentiasa menjadi pilihan untuk mereka yang baru sahaja memiliki kediaman. Proses menghias sebuah kediaman merupakan seusatu perjalanan yang tidak pernah berhenti sama ada buat kediaman baharu mahupun kediaman yang sudah dimiliki. Antara estetik yang menarik untuk anda terjemahkan andalah gaya fantasi bagaikan sebuah istana kayangan. Idea fantasi sebegini boleh digabungkan bersama beberapa gaya yang sedia popular seperti gaya Eropah termasuklah art deco, rococo juga baroque. Bukan itu sahaja, jika anda menggemari idea minimalis, gabungan suntikan sedikit elemen fantasi juga mampu memberikan rasa yang selesa mendamaikan buat ruang yang anda inginkan.
Tip Cipta Kediaman Romantis
Latar Warna
Palet rona pastel semestinya cetusan rasa terbaik dalam membina ruang yang berpaksikan gaya penuh imaginasi ini. Gabungan beberapa ton berbeza mampu memberikan efek yang tenang dan membangkit lebih imaginasi saat memasuki ruang yang dipilih dalam warna-warna sebegini. Antara pilihan yang popular semestinya warna merah samar juga ungu lembut pilihan yang paling mudah untuk mencipta suai padan sekaligus membangkit romantis pada ruang. Ia juga bisa di aplikasi pada banyak ruang selain hanya ruang yang bersifat peribadi seperti kamar beradu juga kamar kecil. Namun pilihan lain seperti hijau sej, biru awan mahupun kuning air boleh juga anda cuba untuk mencipta gaya sebegini. Jika anda mahu menggabungkan dua hingga tiga warna dalam satu ruang yang sama, pastikan anda merujuk pada roda warna juga anda boleh hadirkan satu warna neutral untuk mengadun pelbagai warna ini agar terus kelihatan harmoni dalam mendekorasi kediaman.Kemasan Lembut
Semestinya untuk gaya bagai di kayangan ini, kemasan lembut adalah dominasi utama untuk menampilkan ruang yang terasa kelembutannya. Seperti yang dijelaskan sebelum ini, penggunaan langsir jarang penting dalam menapis cahaya mentari yang menerobos ruang. Untuk terlihat lebih istimewa, pastikan anda pemurah dalam memastikan penggunaan fabrik yang lebih dari biasa untuk rasa yang mewah dan gaya beralun pada langsir pilihan anda. Manakala untuk night curtain, gabungan warna berkabut dalam tona yang sepadan mengikut palet pilihan anda pada ruang yang dipilih adalah salah satu cara yang boleh anda aplikasikan. Antara pilihan popular untuk gaya dekorasi tampak mewah adalah melalui penggunaan fabrik baldu dalam rona seakan batu permata mewah seperti zamrud, rubi dan kecubung.
Perabot Utama
Jika anda tidak tahu bagaimana mahu bermula apabila memilih perabot untuk ruang yang mencipta rasa seperti di awang-awangan, pilihan yang sering menjadi pilihan semestinya yang sarat dengan perinician seperti ukiran. Ia bagaikan mencipta sebuah istana di kayangan namun tidak salah jika anda mahukan seleksi yang sedikit minimalis. Pilihan warna putih adalah cara mudah membangkit gaya ini yang ditambah dengan pilihan warna pastel pada dinding kediaman menjadikan ia terlihat saling melengkapi. Rekaan yang bersifat senada penting untuk mengelakkan suai padan perabot terlihat saling melengkapi berbanding terlihat terlalu berkecamuk dan tangkap muat untuk memenuhi ruang. Pastika skala saiz perabot adalah praktikal untuk ruang kediaman yang anda miliki. Pilih satu perabot utama sebagai dominasi ruang yang menjadi titik tumpu dan padankan bersama perabot lain sebagai pelengkap.Aksesori Pelengkap Kediaman Romantis
Perincian kecil sentiasa memberikan rasa pelengkap pada ruang dalam apa jua gaya dekorasi yang anda mahukan. Lebih menarik jika anda mempunyai koleksi memoribilia yang di atur kemas dalam kabinet sarat perincian. Tombol pintu dan pemegang kabinet adalah perincian kecil yang jika anda pilih dengan tepat bakal melengkapkan lagi gaya yang ingin ditonjolkan. Pilihan rona pastel yang unik dan sesuai rekaan akan tampak manis menghiasi ruang. Manakala untuk ruang makan, sempurnakan bersama set dinnerware yang memaparkan ton dan rekaan seakan romantisnya pemilik kediaman saat menikmati hidangan setiap masa.
Mod Pencahayaan
Teknik pencahayaan amat penting buat gaya ini kerana ia adalah ibarat penentu mod yang bakal dibangkitkan pada ruang. Jika kediaman dan ruang pilihan anda ini memiliki pencahayaan semulajadi yang banyak melalui tingkap yang sedia ada, penggunaan langsir adalah sangat digalakkan. Day curtain akan sentiasa menutupi jendela kediaman untuk memastikan hanya cahaya berpupuk lembut melatari ruang untuk rasa seakan kelam dan romantis. Manakala pemilihan lampu utama yang dipilih sebaiknya bervoltan rendah dengan pancaran cahaya hangat kekuningan sering menjadi pilihan terbaik berbanding lampu putih menyala. Penggunaan chandelier bersesuaian gaya semestinya pilihan terbaik apatah lagi dalam rekaan ala bohemian berbalut warna pastel dengan hiasan kristal seadanya.Advertisement - Continue Reading Below
ADVERTISEMENT
SCROLL TO CONTINUE WITH CONTENT
Related Stories
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Perkahwinan Nadech & Urassaya Curi Tumpuan
BY Syafiqah Alkaf
Apr 20, 2026
Masa Terindah Ameera Khan Tatkala Beraya
BY Aizat Aidid
Apr 06, 2026
5 Panduan Memilih Perabot Kayu Berkualiti Yang “...
BY Maya Kusuma
Mar 05, 2026
Your Next Read
Testing Istimewa Template
BY Muhammad Qasim
Apr 30, 2026
GLAM It Girl: Taanusiya Chetty
BY Tyraa Bahari
Apr 23, 2026
Ziana Zain Simbol Kelunakan Suara Yang Terus Relev...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
7 Lagu Romantis Buat Detik Bridal Entrance Anda
BY Izzati Hailizam
Apr 23, 2026
Masa Membawa Kecekalan Marsha Milan Mengukir Muzik...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Azira Shafinaz Kembangkan Bakat Dengan Beri Masa P...
BY Aizat Aidid
Apr 23, 2026
Tiru Solekan Emily Blunt Di Red Carpet Devil Wears...
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Evolusi Fesyen Karpet Merah Filem The Devil Wears ...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Nikmati Kulinari Chef Beranugerah Black Pearl Di C...
BY Izzati Hailizam
Apr 22, 2026
Oversized Atau Slim-Fit, Mana Satu Penentu Gaya An...
BY Tyraa Bahari
Apr 22, 2026
Raikan Hari Ibu Dengan Koleksi Barang Kemas Louis ...
BY Syahirah Hussain
Apr 22, 2026
Ini Cara Sebenar Menggunakan Pelembap Wajah
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Peminat Pilates Kini Pilih Lagree Lebih Intensiti
BY Julia Azman
Apr 22, 2026
Keindahan Senja Timur Tengah Ditafsir Dalam Bentuk...
BY Syafiqah Alkaf
Apr 21, 2026
7 Lip Plumper Mewah Untuk Senyuman Lebih Menawan
BY Tyraa Bahari
Apr 21, 2026
