Versace Pre-Fall 2021, Lima Item Pilihan GLAM
The Alphabet dUCk Satu Koleksi Inspirasi Peribadi
25 Selebriti Tampil Paling Stylish Di Malam #GLAMxGLAMLelakiFashionParty2024
Prada & Festival 2021 Qixi, Bingkisan Buat Yang Tersayang
7 Jenama Dalam Gaya Ikonik Fesyen CL 2NE1
Home > Fesyen > Bra untuk Semua Acara Rekaan Victoria’s Secret

Bra untuk Semua Acara Rekaan Victoria’s Secret

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Memperkenalkan ‘Invisible Solutions’, set pakaian dalam wanita yang fokus kepada semua acara serta memenuhi keperluan wanita zaman sekarang. Tersedia pada ukuran mulai dari XS-XXL. 

Victoria’s Secret memperkenalkan koleksi ‘Invisible Solutions’, rangkaian pakaian dalam yang memadukan sifat atletik dengan kesan mewah yang tersendiri. Dari Victoria’s Secret Bare every-way strapless bra kepada bra plunge low-back, tentu sahaja menjamin keselesaan setiap wanita. Dan tidak akan menghadapi masalah berpakaian, malah memberi penyelesaian. 

Potongan yang lebih atletik untuk kemudahan beraktiviti-perlengkapan dengan bahan yang nyaman, bermutu lagi menyerap peluh memberi kelebihan yang manfaat. Solusi terbaik khas untuk wanita masa kini. Menawarkan satu bra yang boleh dipakai untuk semua acara dan stail, menampilkan 12 pilihan penggayaan berbeza. Daripada klasik dan yang asas kepada tanpa tali bahu ke halter ke ‘low back’ dan banyak lagi. 

Garis leher panjang ke bawah dan padding push-up yang ringan turut dilengkapi untuk mencipta daya sokongan yang padu. Ia direka bersama dua set tali boleh tukar, sama ada bertali atau tanpa tali, serta penyambung yang boleh dipasang atau dicabut. 

Menawarkan cup B-DDD dan jalur 32-38. Dalam empat warna pilihan.

BRA UNTUK SEMUA

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse