fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Tommy Hilfiger Menutup London Fashion Week S/S 2018
Dior Backstage Fall/Winter 2015
Antara 2.55 dan Tumit Merah
Tahniah! Che Puan Juliana Evans Selamat Lahirkan Cahaya Mata Dan Nama Anak Diberi Adalah…
Bercuti Bersama Koleksi Paradiso, Kolaborasi Buttonscarves x Jovian
Home > Fesyen > Bual Fesyen Bersama Pereka Teruntum Putih, Ridzuan Alias

Bual Fesyen Bersama Pereka Teruntum Putih, Ridzuan Alias

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse

Teruntum Putih merupakan satu jenama fesyen tempatan yang baru sahaja menapak dalam industri fesyen Malaysia. Pun begitu, semakin ramai selebriti wanita yang mula menggayakan rekaan Teruntum Putih. Dari Sherry Al Hadad, Aina Abdul ke Neelofa. GLAM mendekati individu disebalik jenama Teruntum Putih iaitu Ridzuan Alias. 

https://www.instagram.com/p/CmTJXPUvnTG/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

BAGAIMANAKAH LABEL TERUNTUM PUTIH MULA DIASASKAN?

Teruntum Putih berasaskan koleksi perkahwinan ‘ready to wear’ atas talian yang mampu milik. Koleksi kami tidak fokus pada satu gaya utama sahaja. Tetapi menyeluruh dan menerapkan elemen-elemen klasik dengan sentuhan moden. Rekaan yang dihasilkan seperti kurung pahang, dress, kurung moden, kurung kedah, kebaya dan lain-lain. Label kami juga memberi peluang kepada pelanggan untuk menempah khas fabrik, warna atau saiz mengikut pilihan dan bajet pelanggan. 

MENGAPA MEMILIH ‘TERUNTUM PUTIH’ SEBAGAI NAMA JENAMA?

Teruntum Putih dipilih hasil gabungan elemen bunga dan warna putih. Teruntum putih ialah bunga dan seperti yang kita tahu bunga berkait rapat dalam pemakaian, gubahan bouquet dan juga hiasan semasa majlis perkahwinan. 

Manakala, Putih pula bermaksud suci dan bersih merupakan simbolik bagi perkahwinan yang perlu diserikan kepada pasangan dalam menempuh alam baharu. 

https://www.instagram.com/p/Cm8JjDgJ2Uc/?utm_source=ig_web_copy_link&igshid=MzRlODBiNWFlZA==

NASIHAT RIDZUAN UNTUK MEREKA YANG INGIN MEMULAKAN JENAMA SENDIRI ATAU BEKERJA SEBAGAI PEREKA FESYEN?

Nasihat saya ialah perlu berani, cari kekuatan dan identiti sendiri dalam menghasilkan sesuatu rekaan. Ketahui kelebihan anda sebagai pereka dan jadikan ia sebagai ‘signature’ untuk jenama anda. 

Selain itu, pereka baru juga perlu banyak membaca dan ‘research’ mengenai trend masa kini untuk mengolah rekaan baharu. 

Prev1 of 2
Use your ← → (arrow) keys to browse