Burberry Raikan Musim Panas Riviera Di Hôtel Belles Rives
Syahirah Hussain ialah penulis fesyen di GLAM Malaysia. Mengulas informasi, trend dan beri...
Read Full BioBurberry kali ini membawa pesona musim panas hingga ke Hôtel Belles Rives, dengan atmosfera Riviera yang romantis, effortless dan cukup memikat.
Senja di Cap d’Antibes berubah menjadi lebih mempesona apabila Burberry menganjurkan sebuah makan malam eksklusif sempena takeover musim panas di Hôtel Belles Rives. Dengan panorama laut Mediterranean sebagai latar, suasana di teres ikonik hotel diterjemahkan di dalam estetika yang cukup sinonim dengan jenama ini, yang mana nyata klasik, berketukangan teliti dan bersifat timeless. Motif check khas rumah fesyen mewah ini menghiasi ruang hotel di dalam rona biru lembut yang terinspirasi daripada identiti visual Hôtel Belles Rives, lantas mewujudkan atmosfera musim panas yang terasa elegan dan bersahaja.

Hôtel Belles Rives Menjadi Destinasi Istimewa Burberry
Acara makan malam buat pelancaran ini telah menghimpunkan barisan sahabat jenama termasuk Simone Ashley, Rosie Huntington-Whiteley dan Romeo Beckham yang tampil dalam gaya resort chic yang selari dengan mood Riviera. Ketika matahari mula terbenam, tetamu menikmati hidangan makan malam dalam suasana santai yang cukup sofistikated sebelum malam diteruskan di Fitzgerald Bar menerusi sesi koktel eksklusif dengan muzik daripada Benji B. Keseluruhan pengalaman itu terasa intim dan sinematik, seolah-olah diambil terus daripada dunia percutian musim panas yang penuh glamor.

Bersempena takeover ini, Burberry turut mentransformasikan beberapa ruang utama di Hôtel Belles Rives dengan sentuhan visual tersendiri. Dari beach club sehingga lif Art Deco asal hotel, corak check dan logo Burberry disusun dalam pendekatan yang lebih segar untuk musim panas 2026. Tetamu juga boleh menikmati pelbagai pengalaman eksklusif sepanjang musim termasuk ais krim loli berjenama Burberry di teres utama serta aktiviti waterskiing di sekitar teluk Antibes. Aura resort mewah itu terasa cukup selari dengan koleksi High Summer 2026 yang mengetengahkan elemen coastal dan semangat pengembaraan di tepi laut.

Di sebalik suasana santai Riviera, takeover ini turut memperlihatkan bagaimana Burberry terus mengukuhkan identitinya melalui pengalaman gaya hidup yang lebih immersive dan emosional. Ada rasa escapism yang kuat pada keseluruhan konsep ini, daripada makan malam saat golden hour sehingga koktel lewat malam menghadap laut. Burberry tidak sekadar membawa fesyen ke French Riviera, tetapi mencipta sebuah mood musim panas yang terasa sangat aspirational, refined dan moden.

Artikel berkaitan: Burberry Menyambut Tahun Kuda Dengan Warisan Dan Elegansi Moden
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
