CELINE Lunch Box Bag, Idea Konseptual Unik
CELINE peka dengan kehendak pasaran semasa. Menghadirkan rekaan beg yang tampak ringkas dari satu pandangan, namun tersisip nilai kreatif yang luar biasa melalui reka bentuk. Termasuklah pada butiran yang memaut. CELINE Lunch Box Bag berukuran medium, dilengkap tali beg yang boleh dilaraskan, ternyata memuncaki trend teratas musim ini. Bahkan ketika beg berukiran mungil yang dipertaruhkan, si tali beg yang menyediakan opsyen gaya pelbagai, tetap akan menjadi daya pikatnya.
Reka bentuknya yang diibaratkan bekas makan tengah hari, diperkenalkan secara rasmi pada pementasan fesyen CELINE musim panas 2021. Dan setelah dilancarkan, CELINE Lunch Box Bag terus meraih perhatian dan menduduki senarai teratas ‘a must have bag of the season’. Kecirian bingkai logam grafik serta pendekatan motif Triomphe merupakan ‘statement’ utama dalam koleksi ini.



Tawaran empat material bermutu tinggi yang terdiri daripada empat jenis material kulit, antaranya, kulit anak lembu yang semula jadi mendasari prinsip rekaan CELINE Lunch Box Bag, mempertemukan warisan pengembaraan CELINE dengan kemodenan. Kecirian tersebut mempengaruhi rekaan-rekaan CELINE Lunch Box Bag yang memperlihatkan bentuk atau gaya ‘streamlined’, daya bentuk yang mengagumkan dan garis jelas bersih, yang sememangnya simbol stail wanita-wanita urban.
CELINE Lunch Box Bag membancuh idea versatil dan praktikal, lalu menyatukan mutu ketukangan serta keterampilan CELINE dengan sifat chic dan atletik CELINE yang sekarang. Terlihat beberapa aspek pada beg yang memperkayakan siluet sporty.
Motif logo Triomphe yang dihadirkan pada permukaan beg, adalah garapan dari struktur dan bentuk the Arch of Triumph di Paris, yang cukup akrab dengan latar belakang jenama CELINE, juga asalnya dari Paris. Motif tersebut dicedok dari arkib CELINE, yang menjadi sebahagian daripada butiran penting jenama itu pada sekitar era ‘70-an.
Artikel berkaitan: RIMOWA Personal, Inovasi Warna Bervariasi
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
