Coco Neige 2021/22 Dibintangi Oleh Jennie Kim
Chanel mengumumkan yang Jennie Kim, ahli kumpulan Blackpink sebagai wajah utama bagi kempen terbaru Coco Neige musim 2021/22.
Sejak diangkat menjadi duta buat Chanel, Jennie Kim selalu sibuk dengan acara berkaitan jenama ini. Aktiviti penyeri di acara pertunjukan fesyen Chanel sudah menjadi kebiasaan buatnya. Tetapi yang satu ini adalah paling terbaru buat Jennie Kim. Penyanyi kumpulan Blackpink ini dipilih oleh Chanel bagi menyerikan kempen Coco Neige 2021/22 yang terbaru. Koleksi yang berkisar tentang percutian hujung tahun dengan beraktiviti salji ini cukup dekat dengan Jennie.
Dia berkongsi, sewaktu diberitahu khabar gembira tentang membintangi kempen Coco Neige ini sudah membuatkan dia gembira. "Saya memang sukakan liburan ke gunung salji, apatah lagi bermain sukan musim luruh. I really like how snow just makes you feel. Menyarungkan ceraian ini sudah membuatkan saya siap sedia untuk berski esok!," kongsi Jennie.
Kempen eksklusif ini dirakam oleh Inez & Vinoodh dalam memberi simbol tentang gaya dan dan semangat kesukanan. Bukan mudah untuk menyajikan ceraian bersifat sukan dengan rasa elegan. "Saya kagum melihat bagaimana Virginie Viard membawa elegan dalam ceraian ski," kata Jennie. Setiap gaya direka menggunakan fabrik teknikal yang baik dan ditambah gubahan Chanel yang indah.
Koleksi Coco Neige 2021/22 ini mula menyinggah di butik Chanel bermula 19 Oktober.
Pilihan Bacaan Seterusnya
10 Jenama Kecantikan Lokal Yang Perlu Ada
May 21, 2026
Louis Vuitton Cruise 2027 Show Livestream
May 20, 2026
Demna ‘Takeover’ Times Square Buat Pertunjukan Gucci Cruise 2027
May 20, 2026
Kreativiti Tanpa Batasan Bersama Gucci Beauty Dan GLAM Beauty Club
May 20, 2026
Sorotan Hangat Sepanjang Cannes Film Festival 2026
May 20, 2026
Pilihan Wangian Rumah Menyuntik Aura Mewah
May 20, 2026
Kenali 5 Kreatif Pereka Fesyen Malaysia
May 20, 2026

