fb_pixel
✕

Loading media...

Unable to load content
5 Selebriti Pilihan GLAM di Festival Filem Cannes ke-78 Dalam Chopard
Revolusi Fesyen Dengan Hijab Organik di Malaysia
Michelle Obama Menambat Hati Khalayak Dengan Gayanya
Cara Delevingne Bersinar Sebagai Bintang Utama Filem Fesyen Jimmy Choo
Epitome of Glamor

Duchess of Sussex Meghan Markle Memilih Givenchy Oleh Clare Waight Keller

Disaksikan oleh jutaan mata serata dunia, Meghan Markle tiba di Gereja St. George, Istana Windsor dalam dress adi busana polos rekaan Clare Waight Keller, pengarah kreatif wanita pertama Givenchy, memeluk susuk tubuh Duchess of Sussex itu dengan sempurna. Dipadankan dengan vel berukuran lima meter rekaan Givenchy juga, tiara Order of Splendor yang dipinjamkan oleh Ratu Elizabeth, dan juga sepasang anting-anting berlian Cartier untuk menyempurnakan look raja seharinya (well in her case it is every day).

 

Gambar Neil Hall/UPI Photo via Newscom

Menampilkan leher baju dengan potongan bateau, leretan panjang yang disokong oleh underskirt sutera organza. Rekaan khas Givenchy ini juga menandakan langkah pertama Waight Keller sebagai pengarah kreatif rumah fesyen tersebut.

 

Menurut informasi daripada pihak istana kepada BoF, Markle telah bertemu dengan Waight Keller sekitar awal tahun ini dan telah memilih untuk bekerjasama dengan pereka tersebut kerana estetiknya yang timeless dan elegan.

10 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse

10 of 20
Use your ← → (arrow) keys to browse