SEDERET SEPATU STYLISH NAMUN RINGKAS ADALAH KUNCI PRAKTIKAL, SERTA AKSESORI UTAMA UNTUK MEMBUATKAN ANDA TETAP TAMPIL GAYA KALA BERCUTI. FERRAGAMO NOMADIC, ESENSIAL STAIL PERCUTIAN.
Sekarang adalah waktunya ramai yang pergi berlibur. Saatnya musim panas tiba, hampir semua mengambil peluang untuk keluar melancong. Liburan yang tiba merupakan saatnya menyiapkan item-item esensial yang wajib dibawa untuk memastikan perjalanan anda nyaman.

Bagi pencinta fesyen, item fesyen yang spesifik adalah satu keperluan. Kerana aksesori penunjang untuk membuat penampilan anda tetap stylish.
Dan sempena musim percutian ini, Salvatore Ferragamo meraikan idea kembara moden dengan himpunan Ferragamo Nomadic Stories: rekaan kasut bernada mewah untuk lelaki dan perempuan, mencirikan faktor selesa yang berinovasi. Proses pertukangan yang unik selaras dengan ketukangan artisan Itali yang terbaik.
Koleksi ini memberi tumpuan kepada siri imej dan video dengan ton sinematik yang mengisahkan pengembaraan musim panas sekumpulan rakan, mencerminkan visi jenama: refleksi kepada kebebasan dan kemungkinan yang tak terhingga, kerana setiap satunya adalah perjalanan yang sentiasa berkembang. Ferragamo mencipta koleksi yang diilhamkan oleh keinginan untuk kebebasan dan sifat peneroka. Rekaan kasut yang selesa ibarat lapisan kulit kedua, menyelubungi aura tersendiri, untuk menemani setiap langkah dan pergerakan.


Menawarkan sandal, moccasin, ballerina dan slip-on yang ringan, boleh dilipat ke dalam beg kembara khas. Dan menampilkan butiran dan mutu kerja yang luar biasa. Ini termasuk moccasin balutan kulit nappa yang lembut dengan gancu Gancini yang diinspirasikan dari aspek sukan, atau ballerina dalam kulit nappa lembut dihiasi reben Vara. Reka bentuk unggul yang memudahkan beraktiviti dengan nyaman di saat kembara, tak kira destinasi mana pun.
Artikel berkaitan: Cermin Mata Plant-Based Godaan Salvatore Ferragamo
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
