GLAM It Girl: Nuha Nazri
Zahirah Zulkhairi merupakan Penulis di GLAM Malaysia. Menerusi sentuhan kreatifnya, kandun...
Read Full BioIt-Girl pilihan GLAM kali ini mempersembahkan Nuha Nazri yang merupakan pengasas jenama fesyen, NRUN. Gadis jelita ini berkongsi sedikit sebanyak perkara menarik tentang dirinya.

1. Gambarkan diri anda dalam 3 perkataan.
Honest, driven dan creative.
2. Siapakah wanita yang memberi inspirasi kepada anda dalam industri dan mengapa?
Ibu saya. Ini jawapan yang lucu kerana beliau seorang doktor dan tidak peduli dengan trend fesyen terkini. Tetapi cara beliau sentiasa membawa dirinya dengan keanggunan, kelas dan kesopanan dengan apa sahaja yang dia pakai adalah sesuatu yang saya selalu lihat kembali. Ibu saya mungkin memakai tudung sarung paling ringkas dari stor yang beliau secara kebetulan, namun cara beliau memakai dan hampir selalu menerima soalan dari mana beliau mendapatkannya.
3. Apakah prinsip yang anda pegang dalam kehidupan anda?
Prinsip yang saya berpegang teguh ialah untuk sentiasa jujur dan berbuat baik kepada diri sendiri, perasaan dan persekitaran. Selain daripada itu, saya mempercayai bahawa less is more dalam mana-mana industri. Pada masa yang sama, pelaburan terbaik yang anda lakukan adalah pada diri anda sendiri.
4. Namakan salah satu trend fesyen kegemaran yang selalu anda gayakan?
Saya sendiri masih dalam perjalanan mencari rupa, warna, siluet yang sesuai untuk saya. Tetapi jika saya perlu nyatakan, saya seorang yang cenderung ke arah estetika yang minimum dan halus, namun kemas dan sofistikated. Saya tidak kisah untuk menjadi orang yang paling menyinar di dalam bilik tetapi hanya mengetahui bahawa set barang kemas saya yang padan dengan gaya, membuatkan saya berasa selesa dan yakin dengan diri sendiri.

5. Any favorite purchase recently? If yes, what it is?
Baru-baru ini, saya telah membeli krim bum bum brazillian dari Sol De Janeiro dengan skrub badan. Setiap hari, saya bangun dengan perasaan seperti dewi yang dibaluti oleh krim karamel lembut dan lembap. Selepas saya menjalani rutin harian dan pulang ke rumah, saya masih berasa seperti dewi karamel yang lembut dan lembap. Langkah pertama untuk berasa baik dan segar adalah untuk memastikan anda berbau harum.
6. What’s next for Nuha?
Saya telah mengusahakan jenama saya sendiri yang dikenali sebagai NRUN. Buat masa ini, ia adalah jenama yang hanya memfokuskan pada fesyen tetapi saya mahu ia lebih daripada itu. Saya seorang yang sentiasa penuh dengan idea dan NRUN ialah medium yang mewakili saya dan idea-idea dan saya teruja untuk membina, membesarkan dan memupuknya untuk menjadi lebih hebat dan lebih baik, walaupun ia dalam langkah kecil.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
