Celine Dion Tampil Tres Chic Dalam Busana Floral!
Our hearts will go on with her tres chic outfit!
[soliloquy id=”68714″]
Ratu arena muzik, Celine Dion kini menjadi topik perbincangan peminat fesyen kerana gayanya yang jauh berbeza dari dulu. Pilihannya lebih berani dan bold — seakan-akan ingin membuat suatu statement gah akan karier beliau yang bakal dilonjak kembali!
Celine kini berganding bahu bersama penata gaya terkenal Hollywood, Law Roach. Law juga merupakan bekas juri di rancangan America’s Next Top Model, di samping repertoire beliau yang hebat sebagai seorang penata gaya masyur (termasuklah Jessie J dan Ariana Grande!).
Celine Dion menjadi kegemaran mata-mata fesyen apabaila beliau tampil keluar hotelnya di Paris dengan memakai outfit yang kami hanya dapat simpulkan dengan satu perkataan — WOW! Dress Gucci yang disarungnya belum lagi dilancarkan kepada umum oleh rumah fesyen itu.
Dress maxi bermotif floral itu dilengkapkan dengan sandal hitam bertumit tinggi. Aksesori ringkas dipakai penyanyi My Heart Will Go On itu, iaitu kaca mata vintaj pink, serta tas tangan hitam dari Fendi. Dandanan signatur Celine juga memainkan peranan buat look high fashion itu.
Celine sedang dalam proses untuk melancarkan semula kariernya selepas 2016 yang sangat pilu baginya — Celine kehilangan René, suaminya selama 22 tahun kerana menghidap penyakit kanser dan abangnya, Daniel hanya beberapa hari selepas itu, akibat punca yang sama.
Celine berada di kota cinta itu buat konsert yang bakal diadakan. Paris menjadi sebahagian daripada tournya di Eropah. Beliau bakal ke UK di penghujung bulan ini buat konsert di Birmingham, Glasgow dan London.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
