Gambar: Majalah People
Akhirnya gambar perkahwinan pasangan emas Hollywood, Angelina Jolie dan Brad Pitt didedahkan kepada umum. Menyarung busana anggun Atelier Versace yang dijahit khas oleh tukang jahit hebat jenama itu iaitu Luigi Massi, Angelina kelihatan elegan dan klasik di hari perkahwinannya.
Gambar: Majalah Hello
Menurut laporan, gaun serta veil yang dipakai Angelina dihiasi lukisan hasil kreativiti anak-anak mereka. Ianya seakan simbolik rasa cinta pasangan itu serta ikatan kekeluargaan erat yang sering ditonjolkan mereka. “Luigi seakan sebahagian dari keluarga dan saya tidak dapat membayangkan orang lain untuk menjahit gaun ini. Dia kenal serta sayang akan anak-anak saya dan ianya merupakan pengalaman yang menyeronokkan dalam mereka gaun ini bersama”, jelas Angelina.
Brad Pitt pula menyarung sut segak dari gerobok sendiri, dipadankan dengan tali leher yang dipinjam dari anak lelaki kerana dia lupa untuk membawanya. Gaun anak perempuan mereka, Zahara direka oleh teman rapat Adama Kebe, manakala Vivienne pula menyarung gaun putih miliknya. Anak lelaki mereka Maddox, Pax, Shiloh dan Knox memakai sut hitam. Jolie berkata ianya merupakan hari yang penuh istimewa serta gembira untuk dikongsikan bersama anak-anak dan ahli keluarga mereka.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
