Debaran 25 Oogs 2016 semakin hampir. GLAM membawakan Fashion Future 2016. Tahun ini merupakan tahun kedua GLAM Fashion Future diadakan. Tahun ini GLAM Fashion Future membawa sedikit kelainan dengan menampilkan pereka fesyen antarabangsa dari Indonesia. Misi Fashion Future adalah untuk memeriahkan lagi gelanggang fesyen tempatan dengan menyediakan paltform buat pereka tanah air untuk mempamerkan nilai kreativiti masing-masing dan turut memperkenalkan generasi baru pereka fesyen tanah air.
Barisan enam pereka fesyen lokal dan antarabangsa yang bakal memeriahkan GLAM Fashion Future edisi kedua ini ternyata punya bakat tersendiri. Ana Abu, Shals, Arared, JN by Jiuan Ng, Kree dan Sapto Djojokartiko. Mari kenali mereka dengan lebih dekat lagi.
Ana Abu

Fenomena minimalism di Kuala Lumpur ini tidaklah cukup kuat, mungkin masih kurang mengerti akan cita rasa gaya ringkas. Namun itu tidak menghalang Ana Abu, seorang pelajar jurusan kejuruteraan awam untuk melancarkan label fesyennya sendiri. Stail yang berpaksikan sentuhan ringkas selari dengan sifat peribadinya. Sejak jenama Anaabu diperkenalkan pada 2010, label ini kian bercambah dan mempunyai pengikutnya tersendiri. Kini, boleh dilabelkan sebagai satu jenama cult di Malaysia dan megah dengan butik sendiri yang terletak di Shah Alam. Anaabu turut melancarkan koleksi Him & Her Series yang mana ceraiannya tidak kenal batas jantina.
Koleksi yang diberi nama ‘The Pocket Issue’ merupakan siri eksperimen dari Anaabu dengan membawa pelarasan poket ke dalam fesyen. Memfokuskan pada penggunaan material kapas dan linen dan palet warna kelabu, putih dan coklat memberikan aura minimalism pada koleksi Anaabu ini.
Jika anda berminat dengan koleksi dari Anaabu, anda boleh hubungi nombor: 017-3070350 (Ana)
Ana Abu
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
