Identiti Tersendiri Amal Clooney

United Nations, New York, USA, September 16 2016 - Amal Clooney, International human rights lawyer Participated on the Appointment Ceremony of Nadia Murad Basee Taha as UNODC Goodwill Ambassador for the Dignity of Survivors of Human Trafficking today at the UN Headquarters in New York. Photo by: Luiz Rampelotto/EuropaNewswire *** Please Use Credit from Credit Field ***

 

 

Nama Amal Clooney semakin hari semakin menjadi penting buat mereka di kalangan scene fesyen. Wanita berketurunan Britain-Lebanon ini bukan calang-calang sosialit Hollywood, malah beliau juga merupakan seorang peguam berkaliber, aktivis dan juga berbakatkan menulis buku. Isteri kepada pelakon George Clooney ini sememangnya menggambarkan ciri-ciri seorang wanita moden yang bekerjaya.

 

 

Red Carpet arrivals for the Money Monster screening at the 69th Cannes Film Festival Featuring: George Clooney, Amal Clooney Where: Cannes, France When: 12 May 2016 Credit: WENN.com

 

 

Dididik di St. Hugh’s College, Oxford dalam jurusan Undang-undang, Amal kemudian meneruskan pelajaran di New York University School of Law dalam jurusan yang sama pada tahun 2001. Dari segi kerjayanya, senarai klien beliau sememangnya berprofil tinggi, termasuklah pengasas WikiLeaks, Julian Assange dan mantan Perdana Menteri Ukraine, Yulia Tymoshenko. Amal juga pernah berucap di persidangan UNESCO.

 

Walaupun suaminya merupakan seorang pelakon senarai A Hollywood di samping pernah dinobatkan sebagai perangkul gelaran Sexiest Man Alive oleh majalah People’s pada tahun 1997 dan 2006, namun Amal tidak pernah sesekali berada di belakang tadbir dalam soal tumpuan lensa-lensa kamera paparazzi. Stail beliau yang senantiasa elegan dan ringkas sering membuatnya topik buah mulut orang. Amal yang selalu menampilkan diri sebagai seorang yang sofistikated dan classy ini sering menjadikan jenama seperti Proenza Schouler, Altuzarra dan Versace sebagai jenama go-to beliau.

 

 

.September 22, 2016 New York City..Amal Clooney was seen wearing a red dress in Midtown Manhattan in New York City on September 22, 2016...Credit: Kristin Callahan/ACE Pictures..tel:Email: .. Photo via Newscom

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah

POST A COMMENT