Related Stories
Wajah-Wajah Utama Lelaki Chanel Yang Mendefinisikan Maskulin Moden
Aizat Aidid, Pengarah Kreatif GLAM Malaysia, mengemudi dengan cita rasa mewah dan kandunga...
Read Full BioKenali duta dan muse Chanel lelaki termasuk Timothée Chalamet, G-Dragon, A$AP Rocky dan Gaspard Ulliel.
Walaupun Chanel sinonim dengan keanggunan dan elegan wanita, rumah fesyen Perancis ini turut menampilkan lelaki-lelaki berpengaruh sebagai duta dan muse. Mereka membawa aura baharu tentang maskulinin. Chanel, penuh sofistikated melalui duta lelaki mereka, termasuklah figura penting yang menambah persona artistik dan berkelas tinggi. Berikut senarai figura lelaki paling penting dalam dunia Chanel.
Gaspard Ulliel

Pada 2010, Gaspard Ulliel diumumkan sebagai wajah utama buat siri wangian Bleu de Chanel. Lantas mengangkat pelakon asal Perancis ini sebagai duta lelaki pertama buat Chanel. Pada awalnya dia merasakan teragak-agak untuk mengambil projek ini kerana tidak mahu dikenali sebagai model Chanel. Tapi, kerana status jenama mewah dan classy, Ulliel bersetuju dan kolaborasi dia bersama Chanel berlanjutan bertahun-tahun.
Brad Pitt
![]()
Selalunya, wangian Chanel No. 5 akan dihiasi oleh wanita-wanita berpengaruh seperti Nicole Kidman. Tetapi, pada 2012, Chanel memilih untuk menjemput Brad Pitt sebagai duta utama kempen wangian ikonik ini. Kempen itu melihat Brad Pitt sebagai duta Chanel lelaki, menjadikannya unik di dunia wangian maskulin. Tidak terhenti hanya apda wangian Chanel No. 5, pada 2024 Pitt sekali lagi dipilih menjadi wajah kempen Chanel disamping Penélope Cruz bagi meraikan koleksi beg ikonik mereka. Filem A man and A Woman pada 1966 menjadi inspirasi kepada kempen beg itu.
G-Dragon

Sebelum kebanjiran duta asal Korea Selatan yang berlaku sekarang, Chanel menjadi jenama yang terdahulu bekerjasama dengan artis asal negara itu. Mereka memilih G-Dragon dari kumpulan Big Bang sebagai duta global mereka sejak 2016. Perlantikannya sebagai duta global atas sebab bakat juga pengaruh yang dimiliki olehnya dalam dunia muzik sekitar Asia, berhasil dalam usaha duta lelaki Chanel membuat impak besar. Antara kempen yang pernah dilakukan olehnya adalah buat beg Gabrielle pada 2017.
Timothée Chalamet

Pelakon Dune, Timothée Chalamet diangkat menjafdi muse kepada Chanel pada bulan Mei 2023. Timothée tampil sebagai duta lelaki melalui wajahnya yang istimewa buat siri wangian Bleu de Chanel yang sebelum ini pernah dibintangi oleh Gaspard Ulliel. Terkini, Chalamet baharu merakam kempen buat Bleu de Chanel L’Exclusif.
A$AP Rocky

Dibawah kepimpinan kreatif Matthieu Blazy, Chanel menambah satu lagi nama sebagai duta global lelaki mereka. Berita yang baharu dikongsikan adalah pemilihan A$Ap Rocky sebagai wajah global mereka beberapa hari sebelum acara Chanel Métiers d’art 2026 di New York berlangsung. “Imaginasi Matthieu mendorong fesyen ke hadapan. Rekaannya terasa sensitif dan kuat, ia berasaskan realiti tetapi pada masa yang sama, sentiasa mengundang seseorang untuk tertanya-tanya,” kongsi Rocky sebagai duta Chanel Lelaki, membuktikan kekuatan imaginasi merekanya.
Artikel Berkaitan: A$AP Rocky Kini Duta Terbaharu Chanel
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
