Izara Aishah, Is She The Most STYLISH WOMAN 2022?
IZARA AISHAH TELAH MEREVOLUSIKAN STAIL PERIBADINYA. SEJAK BERGELAR IBU DAN BERHIJAB SEPENUHNYA, FIGURA INI KEKAL DENGAN SELERA FESYENNYA YANG ALWAYS ON POINT. DAN SEPANJANG 2022, MESKIPUN KURANG AKTIF DALAM AKTIVITI SENI, NAMUN IZARA KERAP MENONJOLKAN VARIASI GAYA STYLISH SETIAP KALI MENGHADIRI MAJLIS. IZARA AISHAH BENAR-BENAR STYLISH TAHUN INI. MUNGKINKAH LAYAK DINOBATKAN WANITA PALING BERGAYA 2022? AT LEAST, THAT IS WHAT OUR FASHION EDITOR THINKS.
Saya tidak mengenali Izara Aishah secara peribadi. Namun, mengikuti perjalanan kerjayanya sebagai pelakon hingga sekarang bergelar ibu. Dari awal kemunculannya lagi, Izara dilihat sebagai seorang artis yang ada stail fesyen yang tersendiri. Selayaknya juga dianggap sebagai generasi fesyen baharu ketika Izara baru-baru muncul dalam dunia hiburan.
Dan sepanjang 2022, apa yang saya perasan stail Izara Aishah adalah sangat-sangat mengagumkan. Mungkin juga setelah berehat sepenuhnya pada waktu pandemik, Izara mengambil peluang pada masa sekarang untuk keluar bersosial dan menghadiri seberapa banyak majlis yang boleh. Juga mengambil kesempatan itu untuk mempamerkan variasi gaya. Boleh dikatakan, Izara sangat all out this year.
Izara banyak memilih rekaan pereka-pereka fesyen tempatan pada tahun ini. Sejak berhijab, saya pasti Izara sangat berhati-hati dengan fesyen pilihannya. Supaya sesuai dengan imej terkininya. Izara ternyata memilih gaya ‘modest’, namun masih nampak stylish dan moden kerana suai padannya yang bijak. Rekaannya yang disarung Izara, seringnya oversized, bernuansa warna terang dan menonjol melalui pemilihan material dan perincian mewah. Membuktikan bahawa berhijab atau fesyen modest tidak terbatas. Malah banyak yang boleh kita ‘play around’. Yang penting ialah tahu bagaimana untuk ‘carry the looks’.
GLAM sangat kagumi dengan semua busana pilihan Izara untuk sepanjang 2022. Rizalman, Rizman Ruzaini dan Alia Bastamam adalah antara rekaan dari pereka fesyen tempatan pilihannya.
Ayuh, semak deretan gaya Izara Aishah yang menjadi pilihan GLAM
- HOW TO WEAR YOUR DESIGNERS SCARF RIGHT.
https://www.instagram.com/p/CmouWmlyPG2/?utm_source=ig_web_copy_link
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
