fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Stail Peribadi Permaisuri Jordan
Best Dressed di Tony Awards 2015
GLAM FIRST: BOTTEGA VENETA SALON 03 DETROIT
SUR:REAL; Fantasi & Inovasi Cerdik Kreatif Terkini Delvaux
Gaya Permaidani Merah Reese Witherspoon

Jenama Fesyen Yang Menderma Buat Turki Dan Syria

Jenama-jenama fesyen antara yang memberi bantuan kepada Turki dan Syria selepas gempa bumi yang terkuat pernah dicatatkan.

6 Febuari 2023 merupakan hari yang menyayat hari buat penduduk bumi Turki dan Syria Utara. Gempa bumi terkuat yang pernah dicatatkan dalam sejarah negara Turki dan Syria telah mendapat perhatian dunia. Ekoran daripada peristiwa dasyat itu, angka yang melebihi 20,000 kematian dilaporkan di Turki, dan 4,000 kematian di Syria setakat 10 Febuari 2023.

Banyak organisasi dari seluruh dunia, berusaha membantu dengan menderma wang dan memberi sokongan buat krisis yang dialami di Turki dan Syria. Industri fesyen tidak terkecuali dalam penglibatan membantu mereka dengan sokongan dan bekalan kewangan.

Ini Senarai Jenama Fesyen Yang Telah Komited Untuk Membantu

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse

2) OTB

OTB merupakan kumpulan fesyen antarabangsa yang memperkasakan jenama fesyen seperti Maison Margiela, Diesel, Viktor & Rolf, Marni dan Jil Sander. Badan amal OTB telah bekerjasama dengan UNHCR untuk membantu mengedarkan kit kecemasan dan barang keperluan serta peralatan musim sejuk. Arianna Alessi, naib presiden Yayasan OTB mengatakan “gempa bumi di seluruh dunia menyaksikan kami sentiasa aktif membantu”.

https://www.instagram.com/p/Cocbr_-sNLl/?utm_source=ig_web_copy_link

2 of 7
Use your ← → (arrow) keys to browse