Jiwa Liar Wanita Dior Menjiwai Gerakan Feminis

Gambar Elise Toidé
Chantilly, Perancis, menjadi saksi kepada penjelmaan jiwa liar wanita Dior melalui koleksi Cruise 2019 Maria Grazia Chiuri buat rumah fesyen kesayangan ramai ini. Menggunakan pengaruh dan lagenda Dior, Grazia Chiuri memastikan masanya sebagai pengarah kreatif Dior digunakan sebaiknya sebagai wakil golongan wanita serata dunia.
Kekal dengan misinya untuk memberi kesedaran terhadap gerakan-gerakan revolusi yang diketuai oleh wanita, Grazia Chiuri kali ini mengambil inspirasi daripada penunggang escaramuza, penunggan rodeo wanita Mexico, yang telah menyumbang kepada Revolusi Mexico. Lapan orang escaramuza telah dijemput dengan pakaian rekaan khas Dior untuk membuka dan menutup pertunjukan koleksi ini membuatkan erti disebalik koleksi ini menjadi lebih bermakna.
[envira-gallery id=”85208″]
“Sebab saya suka akan escaramuza adalah kerana mereka melakukan sesuatu yang macho — rodeo — dalam visi kami, namun mereka melakukannya dengan dress traditional yang amat menawan, sangat feminin,” ujar Grazia Chiuri.
Inspirasi escaramuza ini turut diterjemahkan ke dalam rekaan aksesori yang digandingkan dengan beberapa gaya daripada koleksi ini. Rangkaian tas Lady Dior Cruise daripada koleksi ini antara rekaan yang menarik perhatian mereka yang menyaksikan persembahan koleksi tersebut.
[envira-gallery id=”85209″]
Selari dengan estetik Dior, escaramuza yang lazim dengan pakaian yang memberi penekanan kepada ciri-ciri feminin mereka yakni skirt penuh, sulaman, rona-rona terang, topi besar, dan juga motif floral. Grazia Chiuri mempersembahkan gaya-gaya menawan dengan sentuhan signatur Dior seperti dress-dress les kapas disulam dengan lebih banyak les dan skirt ranggi dipadankan dengan jaket yang memberi penekanan kepada siluet pinggang kecil. Penggunaan toile de Jouy yang digandingkan dengan pengenalan motif liar seperti harimau dan ular, les dalam pelbagai bentuk dan rona, dan tulle antara fabrik kegemaran rumah Dior.

Gambar Elise Toidé
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
