Kenapa Kanye West Membatalkan Yeezy Season 6 Untuk NYFW?
Untuk lima musim berturut-turut Kanye West telah memberikan New York Fashion Week sesuatu yang baru dengan Yeezy melalui strategi persembahannya dan juga kontroversi yang menyelubungi jenamanya. Namun untuk NYFW yang akan bermula ini, Yeezy tidak akan mempersembahkan koleksi S/S 2018 mereka.

Kanye West sewaktu Yeezy Season 3
Pengumuman ini telah dibuat oleh wakil daripada Redken yang telah bertanggungjawab untuk setiap beauty look pertunjukan koleksi Yeezy untuk musim yang lepas dan mereka tidak menyatakan banyak perkara, hanya “ia tidak akan berlangsung lagi,” tanpa sebarang penjelasan kepada BoF.
Keputusan mengejut seperti ini bukanlah perkara baru buat West. Ingat lagi insiden sewaktu konsert jelajah “The Life of Pablo?” Jadi keputusannya ini tidak sukar untuk difahami sebenarnya.
Yeezy yang dipersembahkan buat pertama kali pada tahun 2015 merupakan usaha West dengan sokongan Adidas yang mendapat sambutan yang agak bercampur pendapatnya daripada indsutri. But we’re gonna kinda miss Yeezy this year though.
Tambahan pula West dan isterinya Kim Kardashian West juga kini sedang menantikan kehadiran cahaya mata ketiga mereka melalui khidmat ibu tumpangan yang dijangkakan akan tiba tidak lama lagi.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
