fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
The Best Moments Dari Pentas KLFW 2021
“A New Awakening”, Burberry Raikan Tahun Baru Cina
10 Wanita Yang Memberi Impak Dalam Dunia Fesyen Untuk 2018
Fit For A Maharajah
Koleksi Veneta, Keindahan Abadi yang Dilahirkan Semula

Kenyataan Politik Semasa Minggu Fesyen New York

Industri-industri besar mula menyuarakan pendapat mereka mengenai beberapa polisi yang sudah ataupun akan diimplementasikan oleh Trump dan barisan kabinetnya. Ini termasuklah dunia fesyen.

 

Nama-nama besar dalam industri fesyen juga mula menyuarakan pendapat mereka dari mula lagi akan tetapi suara mereka dilihat seperti tidak cukup kuat oleh khalayak umum.

 

Seakan menyahut cabaran, pereka-pereka fesyen mengambil peluang bersempena Minggu Fesyen New York untuk mempamerkan pendirian mereka terhadap pemerintahan Presiden Trump.

 

Walaupun ini bukanlah perkara luar biasa untuk pereka-pereka menggunakan pentas peragaan mereka untuk membuat kenyataan mengenai sesuatu perkara (ingat kembali t-shirt “We Should All Be Feminists” Maria Chiuri).

 

Kali ini dengan kerjasama CFDA bersama pereka-pereka yang ada untuk Minggu Fesyen New York akan memberikan pin merah jambu kepada mereka yang hadir untuk menunjukkan sokongan mereka kepada Planned Parenthood.

3 of 9

Christian Siriano

Christian Siriano RTW F/W 2017

Dalam kalangan gaun-gaun anggun dalam koleksi luruh/sejuk oleh Christian, pereka tersebut menyelitkan sepasang kemeja-t dengan ayat “People Are People” yang menerima tepukan gemuruh oleh penonton. Christian juga menampilkan model-model yang terdiri daripada pelbagai bentuk badan dan bangsa untuk menunjukkan kepelbagaian yang tidak diinginkan oleh pentadbiran Trump.

3 of 9

Christian Siriano