Lihat Aksi Jennifer Lopez & Selebriti Lain Berseronok dalam “FEEL THE WONDER”
LET’S HAVE SOME FUN! COACH PERKENALKAN KEMPEN “FEEL THE WONDER”, KEMPEN MUSIM PERAYAAN YANG DIBINTANGI JENNIFER LOPEZ, ZOEY DEUTCH DAN CHAN-YOUNG YOON.
Untuk memperkenalkan koleksi musim perayaan 2022, label fesyen asal New York, Coach kembali melancarkan kempen global terbaru bertajuk “Feel the Wonder”.

Menampilkan barisan selebriti merangkap duta Coach, yang tergabung dalam ‘keluarga Coach’ yang terdiri dari Jennifer Lopez, Zoey Deutch dan Chan-Young Yoon. Kempen video yang dibidik Anton Gottlob merakam potret ketiga-tiga selebriti yang terlihat menghubung kegembiraan dalam suasana musim perayaan. Yang menginspirasi dan mendukung mereka sejak alam kanak-kanak sehinggalah sekarang.
Musim perayaan yang membangkitkan keriangan kanak-kanak dalam jiwa kita semua membentuk penceritaan kempen kali ini. Semangat positif dan berfokus pada kekuatan optimis, ini menjadi sebuah aksi gabungan dari pentingnya apresiasi pada diri sendiri khasnya. Bintang kempen tampak menyerlah dalam paduan koleksi musim dingin 2022 Coach.


“Feel the Wonder” merakamkan keluarga Coach dalam skala yang lebih besar daripada kehidupan yang menampilkan semangat musim cuti penuh kemesraan, kegembiraan dan memancarkan jiwa kanak-kanak anda. Menampilkan adegan yang mana, mereka bermain dalam salji, melompat di atas katil dan membuka bungkusan hadiah, kempen ini menawarkan beg Heart baharu termasuk beg Tabby dan Studio, bersama-sama dengan deretan pakaian sedia pakai musim sejuk 2022. Yang diilhamkan oleh visi Stuart Vevers tentang Amerika yang klasik. Warisan bergabung kontra budaya Amerika.
Beli-belah koleksi Coach di sini https://malaysia.coach.com/
Artikel berkaitan: #NYFW: COACH Musim Bunga 2023-Kemunculan Duta Coach Baharu, LIL NAS X
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
