Sejarah Terbesar Streetwear ‘World’s Collide’ Nigo x Nike
NIGO, pencipta Bathing Ape dan Human Made dikhabarkan telah membangunkan kolaborasi secara rahsia bersama Nike sejak April 2023 tahun lepas.
Dari perjalanan NIGO di Human Made yang sangat berbeza ke zaman BAPEnya yang dahalu, menandakan peralihan daripada gaya yang secara terang-terangan berfokuskan streetwear kepada pendekatan yang lebih halus dan berinspirasikan warisan tradisi. Beliau juga adalah pengarah kreatif di Kenzo. Kini Human Made telah menjadi penanda aras mutlak dalam dunia streetwear. Kolaborasi unggul yang dinantikan buat sneakerheads, NIGO’s first-ever Nike shoe will be history!
If you know Nigo, You know..

Kredit: 𝐍𝐈𝐆𝐎® @nigo via Instagram
Pastinya ramai jatuh cinta pandang pertama pada Nike Air Force 3 yang pelbagai warna menonjolkan inspirasi retro dengan jelas dalam barisan Swoosh’s 2024. Menurut pada warna dominan putih di rekaan awal merujuk kepada bola keranjang tahun 1980-an dan palet tahun 2000-an. Dari pendedahan pembungkusannya yang terbaru menambah dimensi kepada jalan cerita yang sedang berkembang bagi kapsul ini. Penampilkan retakan diisi dengan emas, merujuk asas kepada seni kintsugi, Jepun yang menjadi ciri utama.
Koleksi ini menarik inspirasi dari pelbagai sumber, termasuk “filem, muzik, dan tradisi kraf,” dipaparkan dalam elemen dan aksesori yang berbeza. Jenis huruf Nike pada kotak dan penjenamaan yang berlapis emas mengingatkan kepada sinema aksi tahun 80-an. Dengan rujukan lebih spesifik, dijangka muncul sewaktu kempen promosi diteruskan. Kerjasama kolaborasi ini mungkin lebih mewah daripada ekspetasi semua. Nigo Nike kasut Air Force 3 dijangka akan dilancarkan pada Musim luruh 2024.

Kredit: @horhead_sales

Kredit: @horhead_sales
Dua warna telah tular di internet setakat ini; warna putih pelbagai warna, mirip desain klasik dan colorway BAPE, dan sepasang yang menonjolkan “Blue Void”. Kedua-dua kasut ini menggunakan bahan kulit berkilat serta warna primer dan perincian co-branded, termasuk logo “Nigo Force” krom pada kasut kiri. Koleksi Nigo Nike ini bakal menjadi pilihan yang sangat selesa dengan kedengaran t-shirt grafik dan kasut Air Force 3 Low serta jaket varsity dan baju crewneck. Lantas, dikhabarkan akan dijual pada harga sekitar $60 hingga $500.
https://www.instagram.com/p/CzlvdCAM-DH/?utm_source=ig_web_copy_link
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
