Seni Merancang Sepatu, Giuseppe Zanotti X Neelofa
KEMBALI DENGAN KOLABORASI KEDUA, KOLEKSI GIUSEPPE ZANOTTI X NEELOFA TAMPIL MENAWAN BALUTAN SEPATU BERDESAIN SENSUAL DAN ELEGAN.
Neelofa merupakan salah satu figura tempatan yang paling bersinar saat ini. Aura dan selera fesyennya yang mengagumkan, kerap mewarnai perhelatan jenama fesyen, kempen fesyen, hingga berbagai kempen produk kecantikan mahupun gaya hidup.
Musim bunga 2022 ini, Neelofa kembali menghadirkan koleksi bersama label sepatu unggul yakni Giuseppe Zanotti. Selepeas kapsul pertama dilancarkan bersama dua tahun lalu, kedua-duanya telah bersatu semula untuk mencipta koleksi yang menakjubkan.

Giuseppe Zanotti menyalin semula reka bentuk asal sepatu platform Liza, mengekalkan ketukangan yang asli. Lalu, menawarkan dua rekaan terbaru yang memikat dan menarik perhatian. Kedua-dua gaya yang diperkenalkan mengilhami keanggunan dan jiwa kewanitaan Neelofa yang halus.
Sepatu Crystal Liza dibaluti suede yang indah dengan sematan bebatu pada keseluruhannya. Diperkaya dengan sentuhan aksen mewah, bebatu rona tanah yang lembut dan hangat dalam saiz berbeza. Menjadikan sepatu ini sarat akan kesan glamor, daring, sekaligus seksi! Buktikan saja, anda akan tampak ‘stunning’ ketika memakainya.

Rekaan kedua, the Floral Liza tampil dengan kesan yang halus dan feminin. Balutan satin sarat corak bunga dengan kilauan emas, menjadikan sepatu bergaya ini layak dinobatkan sebagai statement heels.
Kata Neelofa, dia rasa teruja dengan koleksi kedua bersama Giuseppe Zanotti. Koleksinya kali ini membawakan semangat selebrasi gaya moden, sensual, dan powerful secara bersamaan. Spirit ini bersinergi dengan DNA dari label Giuseppe Zanotti itu sendiri. Dan nama Neelofa yang terpahat pada label, mampu melambangkannya dengan segenap pesona yang dimilikinya.
Giuseppe Zanotti x Neelofa edisi terhad ini boleh didapati di butik Giuseppe Zanotti, Pavilion Kuala Lumpur, masing-masing pada harga RM9,990 dan RM4,990.
#GiuseppeZanotti
Artikel berkaitan: Lima Tas Baharu Sempena Tahun Baru, Dari Valentino ke Dior
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
