‘Summer Break’ Tommy Hilfiger & Andy Warhol
Selebrasi Tommy Hilfiger untuk Andy Warhol. Sempena musim baru, Tommy Hilfiger hadirkan koleksi bergaya relaks dengan elemen desain ikonik ilham Andy Warhol.

Andy Warhol merupakan ikon seni yang menjadi inspirasi Tommy Hilfiger dalam berkarya untuk seberapa musim. Tak dapat dinafikan lagi, strategi “kolaborasi” masih menjadi andalan pelbagai jenama untuk menarik perhatian. Perbezaan kontra antara dua identiti jenama di berbagai aspek, sekaligus menjadikan koleksi kolaborasi memiliki nilai unik, bahkan ikonik-hingga menjadi buruan dan bualan ramai. Tommy Hilfiger tak terkecuali, yang mana untuk musim ini, melanjutkan koleksi kapsul berinspirasikan Andy Warhol.
Dari saat mereka bertemu, Andy Warhol menjadi sumber inspirasi untuk Tommy Hilfiger. Kedalaman hubungan kreatif tersebut telah dipersembahkan pada musim lepas di Tommy Factory. Dilancarkan pada musim luruh 2022, ‘taman permainan’ ini telah diilhamkan oleh studio New York artis yang terkenal.

Yang terkini, koleksi Tommy Hilfiger x Andy Warhol memperingati Montauk, mengambil ilham dan nada gaya dari destinasi percutian dan berehat kesukaan Andy Warhol sendiri. Mengedepankan pakaian multigaya dengan warna pop kini mengajak pecinta fesyen untuk tampil bergaya dengan rekaan Tommy Hilfiger x Andy Warhol.
Dipersembahkan dalam nuansa warna matahari terbenam dan biru laut yang nyaman. Mengusung energi segar nan penuh kekuatan sebagai representasi akan visi Tommy Hilfiger dalam mengolah kemewahan moden. Terlihat jelas visualisasi gaya Warhol yang sangat kuat, sekaligus mengekspresikan nada segar Hilfiger.
Koleksi ini memuatkan 28 rekaan untuk lelaki dan perempuan. Merangkumi helaian atas dan seluar pendek, pakaian renang, kasut dan aksesori seperti topi dan beg. Merangkul tema nautika dengan warna-warna pop, siluet musim panas dan kelainan yang menyeronokkan, menjadikan setiap item sesuai untuk digayakan semasa cuti musim panas yang akan datang.
Antara rekaan yang terkandung (menjadi pilihan GLAM) merupakan ‘summer dress’ dan kemeja longgar yang kaya warna, malah sempurna sebagai gaya ‘teman’ perjalanan, mahupun untuk berpetualangan ataupun liburan santai.
Koleksi Tommy Hilfiger x Andy Warhol kini berada secara eksklusif di butik Tommy Hilfiger Pavilion & online.
Tommy Hilfiger x Andy Warhol

Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
