TB Summer Monogram, Usulkan Naomi Campbell Sebagai Wajah Kempen
Burberry hadirkan koleksi TB Summer Monogram hasil rekaan Ketua Pegawai Kreatif Riccardo Tisci. Menampilkan siri kempen baru yang dihiasi wajah supermodel, Naomi Campbell. Wajah ikonik Naomi merayakan idea dan semangat optimis musim baru juga menyimbolkan faktor klasik.
Dua perspektif berbeza ditampilkan, kempen ini mengisahkan kembara antara dua dunia turut menyatukan kuasa visual bersama kecanggihan teknologi CGI yang menggunakan khidmat jurugambar, Danko Steiner.

Siri kempen disempurnakan lagi oleh Frederik Heyman selaku artis visual. Yang telah menambah efek pada visual, langsung meningkatkan mutu imej untuk tatapan penggemar fesyen. Kombinasi yang indah, menyatukan elemen alam dan teknologi dalam perspektif yang didasari elemen futuristik.
Tema futuristik, kesejahteraan menghubungkan ketenangan dan kembara untuk menyuntik inspirasi kepada golongan tertentu berfantasi. Ia turut membawa kedalaman serta sisi kontra yang terdapat pada seseorang individu dalam sebuah konsep yang unggul. Burberry sentiasa tampil unik dan mencemerlangkan elemen seni dalam setiap karya yang ditampilkan, termasuklah imej kempen ini. Manakan tidak, jenama Burberry terus unggul dalam industri fesyen khasnya.
Untuk koleksi TB Summer Monogram yang ketiga, Tisci mahu meraikan warisan jenama Burberry dan pada masa yang sama dapat berevolusi ke hadapan. Koleksinya kali ini adalah refleksi gaya musim panas yang positif dan satu koleksi yang bermomentum.
Sebagai refleksi kepada Thomas Burberry, initial TB terpahat secara rawak pada corak monogram yang disegarkan rekaannya dengan suntikan warna biru kobalt. Nuansa warna yang mengilhami musim panas, seperti biru kobalt, biru tua dan kelabu. Keseluruhan koleksi adalah bersifat ringan dan diperkasakan lagi dengan siluet sukan untuk memberi gaya yang nyaman dedikasi berlibur atau sekadar bersantai. Cetakan monogram Thomas Burberry yang ditampilkan benar-benar menggemilangkan trend logomania.
TB Summer Monohram menawarkan item-item asas untuk bersantai kala musim panas, yang disesuaikan dengan pelbagai aktiviti. Seperti melancong ke destinasi pulau atau kembara epik di kota-kota ternama. Variasi rekaan seperti sandal, celana pendek dan beg silang yang dipertaruhkan sebagai pelengkap gaya yang stylish.
https://youtu.be/rTOmPhEI1eM
#Burberry
Artikel berkaitan: Idea Gaun Perkahwinan Daripada Couture FW2021/22
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.


