Versace Pre-Fall 2021, Lima Item Pilihan GLAM
Versace memerihalkan rentak dan aura wanita moden melalui koleksi pra-musim luruh 2021. Terinspirasi dari muse-muse fesyen, Donatella Versace merangkap Pengarah Kreatif Versace, mencipta koleksi yang mengedepankan personaliti dan keindividuan, juga mempersembahkan item-item perlu ada sempena kedatangan musim baharu.
Memfokuskan pada potongan, siluet baru dan padanan fabrik juga warna yang tidak terduga. Fabrik kulit warna hitam memberi sentuhan sensual, selain menyuguhkan karakter tegas, dan ia bukanlah suatu pilihan fabrik yang asing buat Versace. Terbukti menjadi fabrik kesukaan Versace kala mengilhami rekaannya saban musim. Fabrik tersebut mencurahkan idea yang hebat pada rekaan jaket blazer, skirt A-line dan dress.

Siluet koleksi sedia pakai khusus musim ini adalah ‘tajam’ , ada yang bersifat sporty, sensual dan palet warna yang fokusnya pada blok warna hitam dan karamel dengan campuran warna merah, jingga dan biru elektrik. Versace menggabungkan kekuatan dengan kelembutan dan keberanian, Medusa menjadi simbol utama perhiasan juga dihiasi oleh keindahan warna trik suai padannya.
Serangkaian aksesori dipersembahkan dalam koleksi musim ini, nyatanya dalam tampilan warna-warna bertenaga, seperti merah, jingga, karamel dan biru terang. Beg tangan La Medusa dalam variasi rupa dan saiz dihadirkan sebagai kesatuan aksesori yang hangat untuk gaya musim baru yang memikat. GLAM tampilkan lima item Versace dari koleksi pra-musim luruh 2021 yang menjadi pilihan.
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
