fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Samsung Gear S Di Pentas Minggu Fesyen New York
Fesyen Karpet Merah Anugerah Juara Lagu 38 #AJL38
Rantai Mewah Pilihan GLAM Dari Koleksi Cartier En Equilibre
Powder Room Confidential at Most GLAM 2016!
GLAM It Girl: Syaza Katrina

Thierry Mugler Dan Kisah Fesyennya Paling Ikonik

Manfred Thierry Mugler pergi dengan meninggalkan karya-karya fesyen yang membuatkan kita semua terpana sentiasa!

Dunia hilang lagi satu ikon fesyen paling berpengaruh, Manfred Thierry Mugler. Dalam perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram miliknya, khabar duka ini meninggalkan kesan hiba dan sedih buat kelompok fesyen. Gugurnya insan yang cukup kreatif dan sering kali melawan arus semasa. Menjadikan Mugler satu ikon yang gah di persada fesyen dan seni kreatif. Ini cebisan kisah ikoniknya yang GLAM mahu kongsikan.

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

BAJU ARKIB MUGLER KE GRAMMY

Terima kasih kepada Kollin Carter kerana berjaya mendapat kepercayaan Manfred Thierry Mugler untuk meminjamkan helaian-helaiannya buat Cardi B. Pada awalnya ditolak untuk sesi rakaman video penyanyi itu. Tetapi, pereka ini bersetuju apabila Cardi B mahu menyarungkannya ke anugerah Grammy 2019. Buat malam Grammy 2019, Cardi B menyarungkan tiga look arkib Mugler.

https://www.instagram.com/p/Btumg4hhZgQ/?utm_source=ig_web_copy_link

2 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse