Related Stories
Upcycled by Miu Miu, Interpretasi Gaya Bersama Levi’s®
Berfikir hijau lebih bergaya. Moden dan alternatif, Upcycled by Miu Miu menghasilkan koleksi mesra alam kerjasama bersama Levi’s® . Menyatukan konsep fesyen dan kemampanan, koleksi ini mengolah semula rekaan denim ‘pre-loved’ Levi’s, memunculkan serangkaian denim dalam rupa baharu melalui perspektif Miu Miu.
Ternyata, Upcycled by Miu Miu melanjutkan ideologi kelestarian fesyen, bukan hanya untuk melindungi alam sekitar, tetapi juga bertujuan untuk menghasilkan rekaan yang lebih bergaya buat keperkasaan stail musim baharu. Hadir dengan jiwa muda yang bebeas, terepresentasi dalam gaya, bentuk dan cerita tersendiri yang tersemat di sebalik koleksi.


Koleksi lengkap Upcycled by Miu Miu ditampilkan pada kempen fesyen yang dihiasi oleh muse fesyen Miu Miu, seperti Emma Corrin, Lila Moss dan Georgioa Palmer. Wajah-wajah mereka dibidik oleh jurugambar, Johnny Dufort. Penampilan mereka menterjemahkan makna ‘jiwa muda’ yang berani, playful dan segar pada koleksi Upcycled by Miu Miu.
Turut merayakan rekaan ikonik Levi’s® , koleksi ini memuatkan rekaan vintaj dan ikonik seluar denim MADE IN USA 501 dan jaket Trucker dari era 1980-an dan 1990-an. Miu Miu memilih rekaan yang pernah menjadi obsesi anak muda, serta membentuk trend popular suatu ketika dahulu sehingga pernah dijadikan gaya stylish ke kerja. Setiap helaian yang terkandung telah diteliti dan disuntik identiti Miu Miu, mengilhami paduan karakter ‘masculinity’ dan ‘femininity’. Lantas menyimbolkan semangat baharu Miu Miu.
Denim-denim vintaj yang terpilih direka dan ditambah dengan butiran Miu Miu, seperti sulaman kristal, mutiara, floral dan diamanté. Lengan puff dan lencana kulit yang memaparkan motif intarsia. Mencemerlangkan transisi gaya yang akan menghangatkan keseluruhan penampilan. Tersedia dalam desain yang berbeza dan multi warna, kombinasi yang sempurna jadi teman ‘hangout’ hingga berpesta.


Lencana ikonik Levi’s® turut mengalami transformasi yakni diolah semua dalam tampilan warna merah jambu Miu Miu. Dan logo Levi’s® ditampilkan pada sisi lencana, membawa estetik Americana. Mengukuhkan penyatuan dua jenama ini dalam satu koleksi yang cemerlang. Permulaan baharu dan gagasan akan pembaharuan yang datang bersama refleksi segar, diperbaharui dan terbukti, stylish!
#UpcycledbyMiuMiu
#LevisxMiuMiu
Artikel berkaitan: Twist Louis Vuitton beraksi Dengan Kaia Gerber
Artikel Berkaitan
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez...
Dialog Fesyen: Yuleza
Koleksi Veggie Gentle Monster Berinspirasi Sayuran
Busana Pengantin Pilihan Personaliti Glamor
Serlahkan Ritma Gaya Dengan Beg Soleil Bonia
Pilihan Bacaan Seterusnya
Evolusi Kasut New Balance 204L Dalam Rona Baharu
Menelusuri Alunan Karya Muzik Bella Astillah
Mommy Chic Era Dalam Gaya Bintang Asia
Obsesi Gen-Z Pada Gaya Seksi “Maddy Perez”
Dialog Fesyen: Yuleza
Teknik ‘Retinol Sandwiching’ Mampu Selamatkan Kulit Sensitif
Rekaan Botol Wangian Unik Untuk Koleksi Anda
Adakah Anda Perlu Skrub Wajah Setiap Hari?
Daftar sekarang
Daftar sekarang bagi menikmati akses fesyen, kecantikan dan gaya hidup mewah bersama GLAM
Daftar sekarang
untuk menikamit akses ke sorotan fesyen, kecantikan, dan gaya hidup terpilih yang mencerminkan identiti wanita GLAM masa kini.
