Diari – Takhlukan Baru St. Regis
Tips Tinggikan Aset Hartanah
Kediaman – Gaya Eklektik Ruang Kondominium
GLAM Deko Kediaman – Perancis Klasik
Sajian – Menu Makan Tengahari Terbaru di Pince & Pints Kuala Lumpur

Fokus – Trend Dekorasi 2020

Hello 2020! Dunia memerlukan lebih banyak rekaan yang hebat. Tiba masa untuk kita melihat semula trend dekorasi yang telah popular, dan meramalkan trend yang bakal mendominasi tahun 2020. Bersama pakar dalam bidang masing-masing berkongsi ramalan trend untuk pencinta dunia dekorasi.

5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse
Ramalan trend warna dan reka bentuk untuk tahun 2020 Kini ramai yang terarah dan semakin sensitif terhadap alam dan habitat semula jadi. Justeru pakar warna lebih memfokuskan kepada warna-warna semula jadi, menggunakan lebih nuansa neutral dan rona yang mendamaikan. Warna lain yang dijangka popular antaranya, ungu. (Menggantikan merah jambu!) Ini adalah warna yang membantu untuk meredakan minda, dan ternyata seisi dunia amat memerlukannya! Bayangkan palitan warna ungu hangat digandingkan bersama rona bumi dan hijau pekat, pastinya memberikan hasil persekitaran zen yang menenangkan! Adalah sangat penting bagi semua pereka bentuk dalaman untuk mengetahui apa yang terbaik selain mengambil kira semua aspek dalam proses meranang dekorasi ideal dan sempurna.
5 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse