Platform E-Dagang Gubahan Bunga Dan Gifting 50GRAM
GLAM Memori: Tunku Nadia Naquiyuddin
The Exchange TRX Presint Kuala Lumpur Bertaraf Dunia
Senarai Penuh Pemenang Oscar 2016
Blue Ivy Bakal Melancarkan Empayar Kecantikannya Sendiri
Home > GLAM Plus > GLAM DEKO > Santai > Kad Platinum American Express Keluli Dilancar Buat Kali Pertama

Kad Platinum American Express Keluli Dilancar Buat Kali Pertama

Maybank adalah bank rakan kepada American Express di dunia dalam memperkenalkan kad American Express Platinum Card dalam material keluli. Berlangsung di St Regis Kuala Lumpur, majlis gilang-gemilang diadakan bagi mempersembahkan kad stainless steel baru ini kepada 50 pelanggan penting Maybank.

Datuk John Chong, CEO Kumpulan untuk Khidmat Kewangan Komuniti dan Sanjiv Malhotra, Naib Presiden bagi Khidmat Rangkaian Global untuk Asia Tenggara dan Pasifik Selatan di American Express; disertai oleh Datuk Hamirullah Borhan, Ketua Khidmat Kewangan Komuniti untuk Maybank Malaysia serta B. Ravintharan, Ketua untuk Kad Maybank.

Bertahun sudah Maybank menghidangkan servis terbaiknya kepada para pelanggan menerusi kad platinum American Express. Keperluan gaya hidup serba mewah terus dipenuhi menerusi pelbagai keistimewaan. Antaranya adalah Membership Rewards yang tiada tarikh luput, naik taraf Hotel melalui program Hotel Elite Tiers, unlimited access kepada airport lounge seluruh dunia, banyak penjimatan dalam kos penerbangan untuk Etihad Airways, Emirates, QATAR Airlines serta Singapore Airlines.

Majlis berprestij ini turut menampilkan Aston Martin dan Mouawad sebagai melengkap tema malam terse but iaitu Luxury Redefined. Para tetamu elit dihiburkan dengan alunan jazz hingga acara selesai.

Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse
Prev1 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse