fb_pixel

Loading media...

Unable to load content
Nabila Huda Positif Covid-19 Buat Kali Kedua
Puteri Sulung Priyanka Chopra & Nick Jonas Diperkenalkan Kepada Dunia
VIP Most GLAM 2023: Meraikan Gaya Elegan
Hubungan Dua Lipa & Anwar Hadid Dilanda Badai
8 Wildlife Resort Eksotik Di Dunia Untuk Menginap Bersama Gajah Liar

5 Selebriti Yang Bergelar Bapa Pada Usia Terlalu Muda

Bergelar ‘bapa tua’ bukanlah satu isu besar di kalangan selebriti Hollywood.

Ramai antara mereka memilih untuk tidak memegang status bapa pada usia muda kerana mahu mendaki puncak kerjaya tanpa terikat dengan komitmen terhadap isteri dan anak-anak. Apabila sudah berjaya mencipta nama dan jadual penggambaran tidak lagi padat disebabkan usia semakin lanjut, selebriti ini memilih untuk berumah tangga dan berkeluarga.

Antara contoh terdekat adalah pelakon Cheaper By The Dozen, Steve Martin. Dia menimang cahaya mata pertama pada 2012 ketika berusia 67 tahun. Begitu juga dengan George Clooney yang dikurniakan anak kembar pada usia 56 tahun. Bagaimanapun terdapat juga artis lelaki yang direzekikan mempunyai anak pada usia terlalu muda.

Glam senaraikan lima selebriti Hollywood yang memegang status bapa sebelum mencecah usia 20 tahun.

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse

Machine Gun Kelly

Penyanyi rap, penulis lagu dan aktor ini memiliki seorang anak perempuan berusia 13 tahun hasil perhubungan dengan bekas teman wanita, Emma Cannon. Masing-masing berusia 18 tahun ketika itu. Anaknya, Casie Colson Baker kerap dilihat bersamanya di acara karpet merah beberapa tahun kebelakangan ini. Tidak banyak yang diketahui mengenai ibu Casie tetapi Machine Gun Kelly pernah memberi ucapan Hari Ibu pada tahun 2013 dan menggelarnya sebagai “ibu terbaik yang pernah saya lihat dengan mata kepala sendiri.”

3 of 5
Use your ← → (arrow) keys to browse